NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular



  • Tebusan Hamas, Danielle Aloni menulis surat penuh emosi yang kini tular di media sosial, berterima kasih kepada pejuang Hamas yang menjaga beliau dan anak perempuannya Emilia, 5, semasa dalam tahanan di Gaza.
  • Aloni dan Emilia antara 24 tebusan yang dibebaskan pada 24 November lalu sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata sementara antara Hamas dan Israel.
  • Sebelum meninggalkan Gaza, Aloni menulis surat “terima kasih” kepada Hamas, menzahirkan perasaannya selama dalam tahanan dan melihat anaknya dilayan baik oleh kumpulan pembebasan Palestin itu. 
  • “Kanak-kanak tidak sepatutnya berada di dalam tahanan, tetapi terima kasih buat kalian dan individu baik hati lain yang kami temui sepanjang perjalanan, anak saya terasa (dilayan) seperti ratu di Gaza,” kata Aloni dalam surat itu.
  • Wanita Israel itu turut mengakui layanan baik pejuang Hamas ke atas semua tebusan di Gaza.

Tebusan Hamas, Danielle Aloni menulis surat penuh emosi yang kini tular di media sosial, berterima kasih kepada pejuang Hamas yang menjaga beliau dan anak perempuannya Emilia, 5, semasa dalam tahanan di Gaza.

Aloni dan Emilia antara 24 tebusan yang dibebaskan pada 24 November lalu sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata sementara antara Hamas dan Israel.

Sebelum meninggalkan Gaza, Aloni menulis surat “terima kasih” kepada Hamas, menzahirkan perasaannya selama dalam tahanan dan melihat anaknya dilayan baik oleh kumpulan pembebasan Palestin itu. 

“Saya berterima kasih dari lubuk hati saya atas sifat kemanusiaan luar biasa yang dipamerkan kepada anak saya, Emilia,” katanya.

Briged al-Qassam, yang juga sayap ketenteraan Hamas, berkongsi surat itu di Telegram rasminya pada 1649 GMT, semalam.

Surat yang pada asalnya ditulis dalam bahasa Ibrani, diiringi terjemahan dalam bahasa Arab bersama gambar wanita warga Israel itu bersama anak perempuannya.

“Dia (Emilia) merasakan seperti kamu semua bukan sahaja seperti rakannya, tetapi rakan yang sangat baik, tulus, orang-orang disayangi yang baik hati,” kata Aloni dalam surat itu.

Aloni turut mengakui layanan baik pejuang Hamas ke atas semua tebusan di Gaza.

“Terima kasih kerana meluangkan masa berjam-jam lamanya sebagai penjaga,” katanya.

Wanita warga Israel itu berkata anak perempuannya bukan sahaja mesra bersama Hamas, tetapi turut dilayan seperti ratu.

“Kanak-kanak tidak sepatutnya berada di dalam tahanan, tetapi terima kasih buat kalian dan individu baik hati lain yang kami temui sepanjang perjalanan, anak saya terasa (dilayan) seperti ratu di Gaza,” katanya.

Aloni turut mengakhiri suratnya dengan menzahirkan belas kasihannya kepada Hamas dan penduduk Gaza.

“Saya akan ingat perbuatan baik yang ditunjukkan kalian biarpun kalian sedang menghadapi situasi yang sukar dan kerugian yang sangat teruk di Gaza.

“Saya berharap kita boleh terus menjadi kawan yang baik di dunia ini.

“Saya berharapkan kesihatan dan kebaikan buat kamu semua. Kesihatan dan kasih sayang buat kamu dan keluarga kamu,” kata Aloni.

Pada insiden 7 Oktober lalu, Aloni dan anaknya melawat rumah keluarga mereka di Kibbutz Nir Oz di utara wilayah haram Israel sebelum dijadikan tebusan oleh Hamas.

Sumber: TRT World







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo