NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Aman Palestin jawab fitnah seleweng 30 peratus wang sumbangan

Foto: Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut


  • Dakwaan bahawa Aman Palestin menggunakan 30 peratus daripada hasil sumbangan awam untuk tujuan peribadi atau di luar objektif penubuhan adalah jelas fitnah, kata Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut.
  • Beliau berkata, hanya sebanyak lapan peratus atau RM8 juta daripada kutipan dana dibelanjakan bagi kos pengurusan bagi badan bukan kerajaan (NGO) tersebut.
  • “Kos tersebut adalah jumlah berpada dan tidak ada kesalahan dari sudut undang-undang mahupun agama serta tidak melampaui batas untuk menguruskan hampir 200 orang kakitangan dan sukarelawan Aman Palestin yang bertebaran di seluruh Malaysia.
  • “22 peratus kutipan dana pula (RM24 juta) digunakan untuk kos operasi seperti program merangkumi ceramah, festival, karnival,  larian amal, hi-tea dan juga program kesedaran supaya rakyat Malaysia lebih faham isu Palestin,” katanya semasa sidang media di sini pada Selasa.

BANGI-  Dakwaan bahawa Aman Palestin menggunakan 30 peratus daripada hasil sumbangan awam untuk tujuan peribadi atau di luar objektif penubuhan adalah jelas fitnah, kata Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut.

Beliau berkata, hanya sebanyak lapan peratus atau RM8 juta daripada kutipan dana dibelanjakan bagi kos pengurusan bagi badan bukan kerajaan (NGO) tersebut.

“Kos tersebut adalah jumlah berpada dan tidak ada kesalahan dari sudut undang-undang mahupun agama serta tidak melampaui batas untuk menguruskan hampir 200 orang kakitangan dan sukarelawan Aman Palestin  di seluruh Malaysia.

“22 peratus kutipan dana pula (RM24 juta) digunakan untuk kos operasi seperti program merangkumi ceramah, festival, karnival,  larian amal, hi-tea dan juga program kesedaran supaya rakyat Malaysia lebih faham isu Palestin,” katanya semasa sidang media di sini pada Selasa.

Awang Suffian berkata, jumlah 22 peratus tersebut juga melibatkan tujuan publisiti di media sama ada di laman sosial atau arus perdana.

Beliau yang turut meluahkan kekesalan dengan tohmahan dilemparkan menyatakan bahawa dakwaan tersebut juga memberi kesan dari segi sumbangan kepada badan tersebut.

“Bila datang fitnah sebegini, ia memberikan keraguan kepada para penyumbang. Mereka bertanya banyak kali adakah isu ini betul atau tidak. Banyak program yang kita nak jalankan, orang minta confirm terlebih dahulu.

“Pemfitnah ini akan terus berjalan, mereka akan terus memfitnah, mungkin selepas ini akan lebih dahsyat lagi,” katanya.

Sementara itu, Peguam Aman Palestin, Rafique Rashid berkata, Aman Palestin bukan sahaja telah mengenal pasti pihak yang melemparkan tohmahan berkenaan, tetapi akan mengambil tindakan undang-undang di bawah dakwaan fitnah jenayah.

“Saya mewakili pihak Aman Palestin menasihatkan supaya Aman Palestin mengambil  tindakan terhadap pemfitnah ini.

“Kita juga nak mengambil kesempatan mengingatkan kepada rakyat Malaysia sebelum melakukan apa-apa tindakan seperti membuat kenyataan, hendaklah dilakukan secara berasas,” katanya.

Rafique berkata, fitnah yang dilemparkan bukan sahaja memberikan impak negatif kepada rakyat Malaysia tetapi juga mangsa genosid rejim penjajah Israel di Palestin.— The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo