2432137-681x456
Wanita yang dikenali Makcik Kemboja.

Pemilik gedung tekstil menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor, dikenali sebagai Madame Mariyah tampil memohon ampun menerusi satu video yang kini tular di media sosial.

Menerusi video berdurasi 51 saat itu, Madame Mariyah atau nama sebenarnya Maria Yaakob tampil membuat permohonan ampun susulan pengguna media sosial meminta tindakan diambil terhadap Mariyah yang telah menghina orang Melayu.

“Bismillahirarahmanirrahim. Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. Patik Mariyah binti Yaakob daripada Mariyah Holding Sdn Bhd mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuanku.

“Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor. Patik terlalu sedih. Terima kasih Tunku. Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor.

“Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor, dapat berniaga di negeri Johor. Patik nak bantu lebih ramai orang lagi Tunku. Terima kasih sangat-sangat,” katanya sebak. – MalaysiaGazette