NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahli Parlimen Jelutong teruja ‘selfie’ bersama Sanusi



ALOR SETAR: Di mana sahaja Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berada ramai mengajak untuk bergambar sebagai kenang-kenangan.

Begitu juga ketika menghadiri Muktamar PAS kali ke-69 di Shah Alam baru-baru ini ramai pemerhati dan pengunjung kelihatan bergambar bersama Sanusi.

Keberaniannya berhujah bagi membongkar sesuatu isu dan sikap berterus terang menyebabkan ramai menyenanginya termasuk pemimpin parti lawan.

Ia dibuktikan baru-baru ini Ahli Parlimen Jelutung RSN Rayer turut ‘berselfie’ bersama Menteri Besar Kedah ketika terserempak di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar.

Ahli Parlimen DAP itu juga kelihatan membantu orang ramai yang ingin bergambar bersama Sanusi.

Video kedua-dua pemimpin terbabit menjadi tular di laman sosial Tiktok sehingga manarik perhatian ramai netizen.

Ada netizen mencatat “Ahli Parlimen DAP itu sering menyerang dan mengkritik Sanusi tetapi ‘terkedu’ apabila bertemu di hadapan mata’. – HARAKAHDAILY 2/11/2023




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo