NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Advokasi, promosi GEG perlu diteruskan – IKRAM Health



  • Semua pihak diseru meneruskan advokasi dan promosi Generasi Penamat Rokok (GEG) dalam usaha mewujudkan generasi baharu yang bebas daripada amalan merokok dan vaping.
  • Seruan itu dibuat Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health)  yang kecewa selepas peruntukan berkaitan GEG digugurkan daripada Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.
  • IKRAM Health juga menyokong seruan Ahli Parlimen yang menggesa peruntukan GEG dikaji untuk segera dimasukkan semula dalam pindaan akta pada persidangan Parlimen akan datang.
  • “Keputusan menggugurkan GEG ini tidak pernah dimaklumkan kepada kami dan dibincang bersama dengan puluhan NGO Kesihatan di Malaysia yang selama ini membawa suara jutaan rakyat Malaysia yang menyokong penuh RUU GEG  sebelum ini.
  • “Tanpa GEG, generasi anak-anak muda akan terus direkrut oleh industri untuk menjadi penagih nikotin sama ada melalui rokok konvensional atau rokok elektronik,” kata IKRAM Health dalam kenyataan hari ini.

KUALA LUMPUR — Semua pihak diseru meneruskan advokasi dan promosi Generasi Penamat Rokok (GEG) dalam usaha mewujudkan generasi baharu yang bebas daripada amalan merokok dan vaping (menghisap vape).

Seruan itu dibuat Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health)  yang kecewa selepas peruntukan berkaitan GEG digugurkan daripada Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

IKRAM Health juga menyokong seruan Ahli Parlimen yang menggesa peruntukan GEG dikaji untuk segera dimasukkan semula dalam pindaan akta pada persidangan Parlimen akan datang.

“Keputusan menggugurkan GEG ini tidak pernah dimaklumkan kepada kami dan dibincang bersama dengan puluhan NGO Kesihatan di Malaysia yang selama ini membawa suara jutaan rakyat Malaysia yang menyokong penuh RUU GEG  sebelum ini.

“Tanpa GEG, generasi anak-anak muda akan terus direkrut oleh industri untuk menjadi penagih nikotin sama ada melalui rokok konvensional atau rokok elektronik.

“Bahkan, misi negara untuk menurunkan prevalenceperokok dan penghisap vape kepada kurang 5 peratus menjelang tahun 2040 akan berkubur,” kata IKRAM Health dalam kenyataan hari ini.

IKRAM Health menyokong RUU itu segera diluluskan pada persidangan Parlimen kali ini bagi menutup kelompongan (lacuna) undang-undang akibat pengeluaran cecair dan gel nikotin daripada Akta Racun sejak lapan bulan lalu.

Katanya, meskipun akta itu lemah, namun sekurang-kurangnya negara ini sudah mempunyai undang-undang untuk mengawal kesemua produk merokok di Malaysia.

Terbaharu, Dewan Rakyat meluluskan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 di peringkat dasar selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara meskipun peruntukan GEG digugurkan daripada RUU itu.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata walaupun GEG digugurkan daripada RUU itu, pihaknya masih terbuka untuk mengembalikannya pada masa akan datang. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook IKRAM Health Malaysia



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo