NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ada J-Kom pun tak guna, media sosial buat promosi A&W – kata Puad



KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi menyifatkan Kerajaan Perpaduan perlu memiliki jentera penerangan yang mesti diketuai oleh mereka yang kompeten.

Baginya, untuk tempoh tiga tahun pertama, formula ekonomi kerajaan mesti dapat dirasai rakyat.

Malah katanya, kerajaan perlu menggunakan media sosial untuk memberi penerangan kepada rakyat bukannya melalui jabatan yang tidak berfungsi seperti Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom).

“Ada J-Kom pun tidak guna. Patut media sosial diguna untuk beri penerangan tetapi diguna untuk promosi produk A&W,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Mohd Fuad berkata demikian dipercayai merujuk kepada kontroversi melibatkan bekas Ketua Pengarah J-Kom, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dan Penolong Pegawai jabatan itu, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.

Mohd Puad memberi reaksi terhadap kenyataan seorang perwakilan PKR dari Perak semasa Perhimpunan Agung Tahunan PKR yang meminta kerajaan perpaduan segera menjawab tohmahan.

Menurut perwakilan itu, jentera penerangan kerajaan masih lemah.

“Baru kamu tahu kerenah bila jadi kerajaan. Giliran kamu jadi defensif. Jadi pembangkang cakap lebih senang dari buat. Boleh cakap apa sahaja.

“Ini yang dihadapi UMNO dulu. Rakyat lebih percaya tohmahan. Mereka percaya pada “Formula”. Maka telan sahajalah. Kebenaran datang kemudian.

“Tun M boleh bertahan 22 tahun. ketika itu media sosial belum kuat. Akhirnya kerana media sosial dia boleh bertahan 22 bulan sahaja,” kata Mohd Puad. – MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo