NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

4,000 undi PH akan beralih kepada PAS, dakwa exco Terengganu

Razali Idris berkata saingan satu lawan satu pada PRK Kemaman 2 Dis ini akan memberikan kelebihan kepada PN.


PETALING JAYA: Seorang pemimpin Bersatu menjangkakan kira-kira 4,000 undi daripada penyokong Pakatan Harapan (PH) dan Pejuang akan beralih kepada calon PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar pada PRK Kemaman.

Ketua Bersatu Terengganu, Razali Idris yang juga exco negeri berkata, jentera Perikatan Nasional (PN) akan memberikan tumpuan di kawasan PH yang mana calon gabungan itu mendapat 8,340 undi pada PRU lalu.

“Kebanyakan yang beralih itu ahli PKR, Amanah, Pejuang. Mereka menyokong calon PAS secara diam-diam,” dakwanya dalam kenyataan.

PRK Parlimen Kemaman 2 Dis ini menyaksikan saingan satu lawan satu antara calon BN, bekas panglima tentera Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan Samsuri, yang juga menteri besar Terengganu mewakili PAS.

Razali berkata, saingan satu lawan satu berbanding pertembungan empat penjuru pada PRU lalu juga memberikan kelebihan kepada gabungan itu untuk mengekalkan penguasaannya.

“Satu lawan satu buka lebih banyak ruang dan peluang untuk memenangi lebih banyak undi.

“Dulu menang majoriti 27,179 undi, tapi kali ini, jentera PAS dan PN akan memastikan menang majoriti lebih 30,000 undi,” katanya.

Pada PRU15, kerusi Parlimen Kemaman dimenangi calon PAS Che Alias Hamid dengan majoriti 27,179 undi, menewaskan tiga calon lain, iaitu Ahmad Said (BN) yang memperoleh 38,535 undi; Hasuni Sudin (PH) 8,340 undi; dan Rosli Abdul Ghani (Pejuang) 506 undi.

PRK diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lalu membatalkan kemenangan Che Alias.

Pada 17 Nov Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata dengan mempertaruhkan Samsuri sebagai calon, PN menyasarkan majoriti sekurang-kurangnya 30,000 undi.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo