NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

2 maut tercampak nahas di Jambatan P Pinang

Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Tan Cheng San berkata penunggang lelaki dan pembonceng wanita masing-masing berusia 20an maut di lokasi nahas. (Gambar Facebook Penang Kini)



PETALING JAYA: Dua maut selepas motosikal ditunggangi dirempuh kereta dipandu remaja berusia 16 tahun yang hilang kawalan setelah melanggar sebuah lori di KM1.9 Jambatan Pulau Pinang arah Perai, Bukit Mertajam.

Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Tan Cheng San berkata, kejadian kira-kira 2.30 pagi itu mengakibatkan penunggang lelaki dan pembonceng rakan wanitanya, kedua-duanya berusia 20an, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

“Mereka dipercayai baru pulang makan di kedai kawasan Seagate di Bayan Lepas dan mahu balik ke rumah masing-masing di sini, manakala pemandu remaja itu mengalami kecederaan ringan sementara pemandu lori iaitu seorang lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan tersebut,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal kemalangan itu berlaku apabila kereta dipandu remaja itu melanggar bahagian lori tersebut, lalu hilang kawalan dan menghentam motosikal dinaiki mangsa.

Katanya, akibat pelanggaran itu kedua-dua mangsa tercampak dan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

Tan berkata, pemandu remaja itu yang masih bersekolah memandu kereta ibunya dan dalam perjalanan pulang ke rumah di Bukit Mertajam selepas berjumpa rakan di pulau.

Remaja itu katanya kini direman sehari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta orang ramai yang menyaksikan atau mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu agar menghubungi pegawai penyiasat Muhammad Sufi Abd Razak di talian 013-4774542 atau 04-5382222 atau mana-mana balai polis berdekatan.


Sumber I FMT Malaysia 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo