NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

13 projek mega di Palestin, bukti Aman Palestin tidak seleweng dana



  • Aman Palestin telah menyiapkan lebih 13 projek infrastruktur bertaraf mega di tanah Palestin dan ia sekali gus menolak tohmahan pihak tertentu yang mendakwa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu tidak menyalurkan wang sumbangan awam ke negara tersebut.
  • Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut menegaskan adalah mustahil untuk mengatakan wang sumbangan diterima NGO itu tidak sampai ke Palestin sedangkan pelbagai projek yang menelan jutaan ringgit berjaya didirikan di sana.
  • Projek menelan puluhan jutaan ringgit itu antaranya melibatkan sektor kesihatan iaitu Klinik Bergerak di Gaza, Hospital Aman Palestin dan Unit Kecemasan Hospital Al Razi, Jenin yang sedang dalam pembinaan manakala dari segi sektor pendidikan Aman Palestin menubuhkan Sekolah Anak Yatim Yatim Dar El Fadeelah, Tadika Baraem Al Nour dan Sekolah Quran Malaysia di Gaza.
  • “Selain itu, Aman Palestin juga mengagihkan bantuan dalam bentuk program tahunan menerusi kempen Bantuan Ramadan Bersamamu, Bantuan Ibadah Korban di Bumi Anbia, Bantuan Musim Sejuk, Bantuan Bread for Love dan Tajaan Bulanan Kafalah.”
  • “Melalui kempen ini, secara purata puluhan juta ringgit lagi telah disalurkan setiap tahun tanpa gagal meliputi lokasi penerima manfaat bukan sahaja di dalam Palestin bahkan pelarian Palestin yang berada di Syria, Lubnan dan Yaman,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

BANGI — Aman Palestin telah menyiapkan lebih 13 projek infrastruktur bertaraf mega di tanah Palestin dan ia sekali gus menolak tohmahan pihak tertentu yang mendakwa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu tidak menyalurkan wang sumbangan awam ke negara tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut menegaskan adalah mustahil untuk mengatakan wang sumbangan diterima NGO itu tidak sampai ke Palestin sedangkan pelbagai projek yang menelan jutaan ringgit berjaya didirikan di sana.

Projek itu antaranya melibatkan sektor kesihatan iaitu Klinik Bergerak di Gaza, Hospital Aman Palestin dan Unit Kecemasan Hospital Al Razi, Jenin yang sedang dalam pembinaan manakala dari segi sektor pendidikan Aman Palestin menubuhkan Sekolah Anak Yatim Yatim Dar El Fadeelah, Tadika Baraem Al Nour dan Sekolah Quran Malaysia di Gaza.

Turut dibangunkan Masjid Al-Qassam; Masjid Al Shafie; Masjid Sheikh Ijlin; pembinaan tenaga solar; kemudahan kawasan pengairan dan pertanian; projek baik pulih rumah di Gaza, Tebing Barat serta Baitulmaqdis dan pembinaan Jalan Utama Khalil Al Wazir, Gaza.

“Selain itu, Aman Palestin juga mengagihkan bantuan dalam bentuk program tahunan menerusi kempen Bantuan Ramadan Bersamamu, Bantuan Ibadah Korban di Bumi Anbia, Bantuan Musim Sejuk, Bantuan Bread for Love dan Tajaan Bulanan Kafalah.

“Melalui kempen ini, secara purata puluhan juta ringgit lagi telah disalurkan setiap tahun tanpa gagal meliputi lokasi penerima manfaat bukan sahaja di dalam Palestin bahkan pelarian Palestin yang berada di Syria, Lubnan dan Yaman,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata untuk peperangan Taufan Al-Aqsa, pihaknya berjaya menyalurkan RM3 juta merangkumi bantuan berbentuk kewangan, makanan panas, perubatan dan pembelian dua buah ambulans.

Katanya, rakyat Malaysia juga selama ini tidak terlepas menjadi antara penerima manfaat hasil kutipan sumbangan diterima Aman Palestin.

“Pada tahun 2020-2021, Aman Palestin menyalurkan hampir RM1 juta kepada rakyat Malaysia yang terkesan akibat pandemik Covid-19 termasuk pembelian barangan perubatan dan sanitasi kepada beberapa institusi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN). 

“Bantuan-bantuan Covid-19 ini seterusnya dikembangkan lagi ke negara serantau Indonesia dengan objektif yang sama,” katanya. — The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo