NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wan Saiful gesa kerajaan pertimbang pengeluaran KWSP bersasar



Perikatan Nasional (PN) hari ini menggesa kerajaan membenarkan pengeluaran sekali lagi dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pencarum yang benar-benar memerlukan.

Ahli Parlimen PN berkata kehidupan rakyat ketika ini semakin mendesak ekoran kenaikan harga barang saban hari yang menyebabkan mereka sedang bergelut dengan kehidupan.

MP Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, permintaan terbaharu itu hadir susulan memorandum yang diterima PN daripada Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) yang mana isu pengeluaran KWSP antara 10 permintaan yang dikemukakan.

“Mereka (PGIRM) meminta kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP secara bersasar. Mereka menjalankan tinjauan kepada 99,335 pencarum yang menyatakan mereka terdesak dan berada dalam kesusahan yang amat memerlukan pengeluaran KWSP secara bersasar dengan tujuan kecemasan.

“Kita harap kerajaan ambil tindakan segera. Tolong benarkan KWSP secara bersasar,” katanya dipetik laporan BH ketika sidang media di Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata PGIRM melalui memorandum sama meminta kerajaan memudah cara individu yang kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik Covid-19 untuk kembali ke alam pekerjaan.

“Lanjutan krisis dan masalah ekonomi negara, ramai rakyat dibuang kerja. Sehingga hari ini, mereka tak dapat kerja semula.

“Jadi permintaan rakyat ini supaya kerajaan menjalankan proses memudahkan mereka yang dibuang kerja, ada pengalaman kerja tetapi sampai sekarang tak dapat pekerjaan.

“Kita minta kerajaan mudahkan urusan mereka mendapatkan kembali pekerjaan supaya boleh menjalani kehidupan secara bermaruah dan tidak perlu meminta secara berterusan,” katanya.

Sementarai itu seorang lagi MP PN (Pendang), Datuk Awang Hashim ketika sidang media sama menyarankan kerajaan memberi keutamaan untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada warga tempatan biarpun terdapat industri mahu mendapatkan khidmat pekerja asing.

Beliau juga menyifatkan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri sebelum ini yang memutuskan untuk membuka 7,500 kuota pekerja asing bagi pengambilan subsektor perkhidmatan tukang gunting rambut, tekstil dan tukang emas, bukan satu perkara mendesak.

“Saya menyarankan bagi pihak PN supaya keperluan 7,500 pekerja asing seperti diumumkan Menteri Sumber Manusia itu tidak terlalu mendesak dan ia boleh dipenuhi dengan mengambil warga tempatan yang berkemahiran untuk mengisi keperluan sektor terbabit termasuk dalam bidang kesihatan,” katanya.

Awang berkata, negara juga pada masa ini mempunyai lepasan pelajar dalam bidang jururawat yang boleh memberi menampung keperluan tenaga kerja tempatan.

“Kita ada lambakan jururawat yang masih lagi dalam status kontrak, tetapkan (bagi jawatan tetap) mereka ini dan bila kita lihat dibukanya untuk mengisi jawatan (kepada pekerja asing) ketika banyak jururawat kita yang terlatih.

“Jadi tumpulah kepada anak tempatan sebelum kita mahu membuka kepada warga asing ini,” katanya.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo