NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Video tular mabuk, Menteri Pelancong kata apa salahnya?



Walaupun berdepan kritikan dan cemuhan, Datuk Seri Tiong King Sing mempertahankan tindakannya sedang meminum arak dan menari ketika meraikan satu festival bersama orang ramai.

Menteri Pelancongan itu menjelaskan tidak adil untuk rakyat mengkritiknya hanya kerana melayani penduduk tempatan yang menjemputnya meminum arak bersama mereka ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai baru-baru ini.

Beliau berkata, ini kerana hal sebegitu tidak sepatutnya dijadikan isu termasuk dijadikan kayu ukur prestasinya sebagai menteri.

“Saya pergi Pelangai (semasa pilihan raya kecil di Bentong), mereka ajak saya menyertai Festival Tanglung, saya minum, saya bermain dengan budak-budak macam orang ‘gila’ sikit, apa salahnya?

“Kalau saya orang Islam, saya memang tak boleh buat macam itu, tetapi saya bukan Islam, maka saya boleh buat. Janganlah cerita yang bukan-bukan.

“Kita mesti sama-sama menghormati, baru boleh capai keharmonian,” katanya di Dewan Rakyat.

Sebelum ini, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) pernah mempersoal sama ada King Sing mempunyai cara tersendiri untuk menarik pelancong ke negara ini selain mabuk dan menari di tempat umum.

Teguran Mas Ermieyati itu selepas beliau menyifatkan perlakuan King Sing itu sebagai tidak sesuai bagi menjalankan tugas sebagai menteri.

Terdapat video yang tular sebelum ini memaparkan Ahli Parlimen Bintulu itu sedang menari dengan orang ramai dalam keadaan mabuk.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo