NIBONG TEBAL - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak akan dikembalikan walaupun terdapat permintaan daripada ibu bapa yang mahu ia dilaksanakan semula.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) pada masa ini memberi tumpuan kepada kurikulum 2027 menerusi jelajah atau jerayawara untuk mendapatkan pandangan umum mengenai kurikulum persekolahan yang baharu.
"Kita minta ibu bapa beri tumpuan kepada jelajah dah jerayawara ini kerana kita mahu libat urus yang meluas untuk input-input memperkukuhkan sistem pendidikan negara.
"Sekarang ini kita nak beri tumpuan kepada pentaksiran holistik kepada anak-anak kita khususnya pembangunan mereka secara keseluruhan bagi memastikan mereka (karakter) boleh diperkukuh," katanya ketika ditemui media di sini, pada Sabtu.
Terdahulu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal menghadiri Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Taman Pekaka Seberang Perai Selatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah di sini.
Hadir sama, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin.
Pada 28 April tahun lalu, Menteri Kanan Pendidikan ketika itu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan UPSR dimansuhkan sepenuhnya manakala pada tahun yang sama Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) turut dibatalkan.
Selaras dengan pemansuhan berkenaan, Mohd Radzi berkata, pihaknya akan melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk mengukur pencapaian murid dan pelajar terbabit.
UPSR mula diperkenalkan pada 1988 dengan tujuan asas pada ketika itu adalah 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul manakala PT3 dilaksanakan sejak 2014 bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Sumber I Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment