NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Undi PN walaupun kalah di Pelangai



PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) sudah menjangkakan akan tewas pada PRK DUN Pelangai, namun bersikap positif kerana majoriti undi yang diperolehi Barisan Nasional (BN) berkurang.

Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah mengingatkan bahawa sokongan kepada PN meningkat walaupun Pelangai “memang bukan kawasan kita”.

“Walaupun kalah tapi satu pencapaian yang besar kerana undi meningkat lebih 1,000 undi dan kita berjaya mengurangkan majoriti yang diperolehi BN,” katanya kepada FMT, mengulas keputusan PRK DUN Pelangai yang menyaksikan BN berjaya mempertahankan DUN Pelangai.

Sementara itu, Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris percaya semakin ramai pengundi Melayu menyokong PN di Pelangai, yang sekian lama dianggap sebagai kubu BN.

“Kita nampak PN makin kuat, makin ada sokongan terutamanya orang Melayu,” katanya. “BN dah tak ada kubu lagi. Kita boleh tembus masuk.”

Razali berkata pengurangan majoriti BN ini menguatkan keyakinan PN. “Di mana sahaja PRK, kita akan masuk.”

Kemenangan BN sudah diramal para penganalisis namun pilihan raya kali ini menyaksikan majoriti undi untuk gabungan itu merosot kepada 2,949 undi berbanding 4,048 pada PRU15.

Kiraan akhir Suruhanjaya Pilihan Raya mendapati BN meraih 7,324 undi berbanding PN yang peroleh 4,375 undi dan calon bebas yang meraih 47 undi.

SPR melaporkan peratusan keluar mengundi pada PRK kali ini sebanyak 72.12% daripada 16,383 pengundi berdaftar.

Pada PRU15, calon BN meraih 7,308 undi dan PN memperoleh 3,260 undi, meninggalkan Pakatan Harapan (2,031 undi) dan Pejuang (65).

Kemenangan ini merupakan yang ketiga buat gandingan BN-Pakatan Harapan, selepas PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor.


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo