NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tidak mahu bergantung kepada pihak luar, MIC kutip dana dari ahli biaya program pilihan raya

SA Vigneswaran berkata parti berkenaan tidak mahu bergantung kepada dana pihak luar untuk membantu masyarakat India.



SHAH ALAM: MIC akan mengumpul dana daripada kalangan ahli untuk membiayai programnya bagi memastikan parti itu dapat terus bergerak dan menguatkan akar umbinya sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Presidennya SA Vigneswaran berkata usaha itu bertujuan memastikan parti berkenaan tidak hanya bergantung kepada dana yang disalurkan pihak luar dalam membantu rakyat khususnya kaum India.

“Saya telah beritahu semua ketua cawangan bahawa kita kena kutip dana daripada ahli-ahli MIC lingkungan RM50 ke RM100, untuk memastikan parti kita tidak bergantung kepada pihak lain untuk menjalankan program,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MIC Selangor di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi MIC Selangor MB Raja.

Beliau turut menggalakkan ahli MIC dalam kalangan usahawan untuk mendukung perjuangan parti itu dari segi bantuan kewangan.

“Hal ini adalah usaha bagi memastikan kerja sosial yang dijalankan MIC tidak tergugat walaupun kita tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan,” katanya.

Vigneswaran pada masa sama berkata MIC kekal memberi sokongan kepada kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memastikan kestabilan politik dan ekonomi
negara.


Sumber I FMT Malaysia 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo