NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada pengumuman bantuan awal persekolahan, ibu bapa kecewa


Ibu bapa berkata bantuan awal persekolahan seharusnya diteruskan memandangkan rakyat sedang tertekan dengan kos sara hidup.


PETALING JAYA: Ibu bapa khususnya golongan pekerja swasta dan bekerja sendiri risau apabila tiada pengumuman bantuan awal persekolahan (BAP) dalam pembentangan Belanjawan 2024.

Sesi persekolahan bagi 2024/2025 dijadualkan bermula Mac 2024, iaitu selepas atau menjelang beberapa perayaan penting-Tahun Baharu Cina pada Februari, awal Ramadan pada Mac, dan Aidilfitri pada April.

Suriawati Abdullah, 46, berkata bantuan seperti BAP seharusnya diteruskan memandangkan rakyat sedang tertekan dengan kos sara hidup.

“Susah jugalah sekarang barang mahalkan…kalau ada bantuan kuranglah sikit kos,” katanya kepada FMT

Turut senada Afiq Sarman, 34, bapa kepada dua orang cahaya mata, berkata ketiadaan bantuan seperti BAP di sebalik bayaran insentif kepada penjawat awam menyebabkan Belanjawan 2024 tidak meliputi setiap golongan masyarakat.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam mengumumkan bayaran insentif kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah dan semua pesara kerajaan, yang akan dibuat pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak.

“Kalau ingin bantu, bantu semualah…semua pihak tidak kira kerajaan atau swasta,” katanya yang bekerja sendiri.

Sementara itu, pekerja swasta, Muhammad Ismail, 32, mencadangkan kerajaan memberikan rebat untuk perkakasan sekolah yang walaupun nilainya tidak tinggi tapi amat membantu ibu bapa.

“Contoh rebat untuk baju sekolah dalam nilai RM200…kalau ada itu membantulah sikit-sikit,” katanya.

Sebelum ini, Anwar ketika membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) pada 2022 di Dewan Rakyat memaklumkan kerajaan bersetuju menyalurkan BAP bernilai RM150 kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa, pada Januari 2023.

Ia diberikan kepada warganegara dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf, bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan; sekolah agama; sekolah swasta berdaftar dengan kerajaan; Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Sekolah Integriti, dan Sekolah Henry Gurney.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo