Shafie Apdal mempersoalkan sebahagian besar peruntukan yang disalurkan di Semenanjung seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2024. |
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Semporna, Shafie Apdal mendakwa tiada langkah membasmi kemiskinan bagi lapan daerah di Sabah seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2024 pada Jumaat lalu.
Beliau berkata peruntukan sebanyak RM393.8 bilion sepatutnya dibelanjakan dengan cekap, selaras apa yang dikehendaki rakyat.
“Saya harap kewangan begitu besar harus disalurkan kepada sektor-sektor yang begitu memerlukan. .. tetapi sebahagian besar berada di Semenanjung. Di Sabah mana?
“Dalam 10 daerah, lapan daerah termiskin di Sabah.. tetapi tidak ada langkah nak basmi kemiskinan,” kata presiden Warisan itu semasa membahaskan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.
Media sebelum ini melaporkan lapan daerah di Sabah masih dalam kategori termiskin di Malaysia iaitu Kudat, Pitas, Kota Belud, Kota Marudu, Beluran, Telupid, Tongod dan Nabawan.
Dalam pada itu, Shafie berkata kerajaan perlu memastikan syarikat yang dilantik dalam pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah mampu melaksanakannya.
“Saya berharap pelaksanaan projek ini bukan hanya berdasarkan cadangan kerajaan negeri, perlu pastikan betul-betul syarikat yang mampu melaksanakan, sebab duit yang dibelanjakan sentiasa keluar,” katanya.
Jumaat lalu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata projek LPB Sarawak dijadualkan siap sepenuhnya tahun hadapan.
Anwar yang juga menteri kewangan memaklumkan dalam Belanjawan 2024, proses tender bagi 19 pakej kerja untuk projek Pan Borneo Sabah Fasa 1b akan diselesaikan November ini, membabitkan jajaran 366 kilometer (km) dengan kos RM15.7 bilion.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment