NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TERKINIGuna saluran aduan yang betul, tular hanya lambatkan proses – Fuziah Salleh



  • Rakyat digalakkan membuat aduan melalui saluran rasmi kementerian iaitu Kod QR Aduan Bekalan yang dihubungkan terus kepada talian hotline WhatsApp khas.
  • Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, menerusi talian hotline WhatsApp itu, siasatan aduan akan dijalankan dalam tempoh 24 jam oleh pihak penguatkuasa.
  • Katanya, berbeza dengan aduan yang disalurkan atau ditularkan menerusi media sosial, pihak KPDN mengambil masa untuk menyiasat dan mengumpul maklumat sebelum tindakan boleh diambil.
  • “Kadang-kadang netizen suka guna saluran aduan secara tular di media sosial. Sebenarnya akan lagi melambatkan proses. Sebaik-baiknya guna saluran yang betul. Kalau salur terus kepada KPDN, kita boleh ambil tindakan segera,” katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan pemeriksaan Ops Jamin di sebuah pasar raya, di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyalurkan atau menularkan aduan berkaitan dengan masalah bekalan dan kenaikan harga barang-barang asas menerusi media sosial.

Sebaliknya, rakyat digalakkan untuk membuat aduan melalui saluran rasmi kementerian iaitu Kod QR Aduan Bekalan yang dihubungkan terus kepada talian hotline WhatsApp khas.

Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, menerusi talian hotline WhatsApp itu, siasatan aduan akan dijalankan dalam tempoh 24 jam oleh pihak penguatkuasa.

Katanya, berbeza dengan aduan yang disalurkan atau ditularkan menerusi media sosial, pihak KPDN mengambil masa untuk menyiasat dan mengumpul maklumat sebelum tindakan boleh diambil.

“Kadang-kadang netizen suka guna saluran aduan secara tular di media sosial. Sebenarnya akan lagi melambatkan proses. Sebaik-baiknya guna saluran yang betul. Kalau salur terus kepada KPDN, kita boleh ambil tindakan segera.

“Macam kes ‘viral’ (tular) kita terpaksa cari siapa yang mula tularkan. Pergi jumpa, baru lah boleh mulakan siasatan. Jadi demi rakyat dan negara, kita sudah buka Kod QR spesifik untuk aduan bekalan makanan.

“Setiap aduan akan disiasat dalam tempoh 24 jam. Kalau betul-betul nak salurkan aduan berkaitan beras ke, minyak atau gula, adukan pada saluran yang betul supaya pihak KPDN boleh beri tumpuan pada aduan-aduan yang sampai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melakukan pemeriksaan Ops Jamin di sebuah pasar raya, di sini, hari ini.

Tambahnya, aduan yang dikemukakan perlu mengandungi maklumat yang lengkap termasuk lokasi diadu, jenis barang, bukti pembelian dan sebagainya berkaitan.

Orang ramai yang ingin dapatkan Kod QR Aduan Bekalan boleh layari laman sesawang rasmi KPDN atau hubungi terus di talian 019-8488000.

Sumber: Kosmo




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo