NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tengku Zafrul bakal dilantik presiden baharu BAM

BAM berkata rangka masa bila Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz mengambil alih jawatan itu akan diumumkan pada Disember. 


PETALING JAYA: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz bakal dilantik sebagai presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang baharu.

Dalam hantaran di laman sosial X, BAM berkata ahli majlis sebulat suara bersetuju dengan pemilihan Tengku Zafrul.

“Rangka masa terperinci akan dibincangkan secara dalaman dan diumumkan dalam mesyuarat ahli majlis seterusnya pada Disember,” katanya.

Pada Ogos, Norza Zakaria mengumumkan beliau akan berundur sebagai presiden BAM pada akhir tahun ini.

Keputusan itu mengejutkan ramai pihak kerana sebulan sebelum itu beliau menyatakan hasratnya untuk meletak jawatan selepas Olimpik 2024.

Norza juga menafikan spekulasi keputusan itu berpunca daripada penamatan kontrak Ketua Jurulatih Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia Misbun Sidek.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo