NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sultan Ibrahim murka dengan Zahid dahului pelantikan MB Johor – TMJ

Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam rancangan Keluar Sekejap


KUALA LUMPUR – Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan Sultan Johor murka terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana mendahului baginda dalam pelantikan menteri besar negeri itu semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Tengku Mahkota Johor berkata, pelantikan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar merupakan cara Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menunjukkan bahawa kuasa baginda untuk memilih menteri besar tidak wajar diketepikan.

Sebelum PRN Johor Ahmad Zahid mengumumkan Datuk Seri Hasni Mohammad sebagai calon menteri besar tanpa mendapatkan nasihat daripada Sultan Ibrahim.

“Saya rasa ini adalah cara Ke Bawah Duli Tuanku menunjukkan bahawa janganlah ketepikan pandangan baginda ataupun yang melantik menteri besar ini adalah raja.

“Apabila awak endorse seseorang seolah-olah you are playing (bermain), buat poster boy masa tu Datuk Hasni. Kebawah Duli Tuanku upset (murka) dengan Datuk Zahid, ‘Eh awak patut refer kepada saya dulu, siapa yang harus saya fikir menjadi MB’.

“Ini adalah cara untuk mengingatkan mereka ‘yang di atas’ jangan mencabar kuasa raja dalam memilih menteri besar,” kata Tunku Ismail dalam program Keluar Sekejap yang dikendalikan oleh Khairy Jamaluddin dan Shahrir Hamdan.

Tunku Ismail menjawab soalan Khairy yang bertanya mengenai proses pelantikan Onn Hafiz sebagai menteri besar.

Sementara itu Tunku Ismail memberi markah 7 daripada 10 terhadap prestasi Onn Hafiz sebagai menteri besar kerana masih muda dan beberapa isu perlu diselesaikan.

Ditanya mengenai masa depan UMNO, Tunku Ismail berkata, parti tersebut memerlukan seorang pemimpin yang berkualiti sambil menegaskan ada pemimpin yang perlu meninggalkan parti itu.

Tanpa berselindung baginda berkata, parti orang Melayu itu tidak akan mempunyai masa depan sekiranya masih mengekalkan sistem sedia ada yang diwarisi sejak dahulu.

“Saya rasa UMNO memerlukan seseorang yang boleh bawa dinamika yang berbeza yang boleh memahami senario semasa negara ketika ini.

“Ada masa depan, tetapi ada pemimpin yang perlu pergi untuk mempunyai masa depan. Kalau masih dengan sistem yang sama seperti sekarang saya tidak fikir UMNO ada masa depan di dalam negara ini,” katanya.- MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo