NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SOP JPJ didakwa menekan pemandu, pengusaha lori perdagangan

Ratusan pemandu lori adakan protes depan JPJ Pahang dan menyerahkan memorandum kepada Pengarah JPJ Pahang, di sini hari ini




KUANTAN – Ratusan pemandu dan pengusaha lori perdagangan di negeri ini menggesa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) penguatkuasaan yang dikenakan terhadap golongan itu.

Menurut wakilnya, Mohd Irwan Shah Ibrahim, 38, peraturan dan syarat-syarat operasi yang dikenakan terhadap pemandu-pemandu itu ada yang sudah ketinggalan zaman dan perlu dikaji semula.

“Sebagai contoh, bagi pengangkutan awam darat, kerajaan ada caj tambahan bahan api mengikut satu kadar harga. 

“Tapi kenapa pengangkutan perdagangan, kenderaan bawa barangan tidak dibuat kadar yang standard juga? Kita bukan minta subsidi,” katanya yang ditemui dalam himpunan aman ratusan pemandu lori di Indera Mahkota 14, di sini hari ini.

Bukan menyalahkan, jauh sekali tidak berpuas hati dengan polisi ditetapkan kerajaan, tetapi Irwan berkata, mereka kini terdesak dek SOP penguatkuasaan yang terlalu ketat dan menekan golongan itu.

Subramaniam a/l Manikam, 60 yang menjadi pemandu lori balak sejak 30 tahun lalu turut mengakui dia tertekan sebab operasi penguatkuasaan tidak mengira masa dan terkejar ke sana, sini.

Justeru, Subramaniam berharap agar pihak berkenaan lebih bertimbang rasa dalam menjalankan operasi yang dikatakan keterlaluan itu.

Pagi tadi, ratusan pemandu lori berkumpul di kawasan berhampiran pintu masuk ke bangunan JPJ Negeri Pahang bagi menyerahkan memorandum yang mengandungi tujuh tuntutan kepada pihak JPJ.

Sementara itu, Pengarah JPJ Pahang, Kamarul Iskandar Nordin yang menerima memorandum itu berkata, ia akan dimajukan kepada pihak berkaitan untuk tindakan selanjutnya.

“Perkara yang terbabit pun ada yang melibatkan dasar. Jadi saya akan panjangkan perkara ini kepada pihak atasan untuk diteliti dan  kita akan tengok apa perkembangannya selepas ini,” katanya. – MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo