NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Solidariti Palestin: Wajah sebenar sebahagian pemimpin PKR, DAP



PAS menyelar kenyataan tiga Ahli Parlimen PKR, sembilan ADUN PKR, pemimpin DAP bertaraf Menteri, Nga Kor Ming serta beberapa pemimpin politik lain yang mengkritik Minggu Solidariti Palestin di sekolah dan institusi pendidikan awam. Kenyataan mereka ini menzahirkan wajah sebenar yang disembunyikan selama ini.

Amat memalukan apabila suara-suara ini timbul ketika dunia mengutuk kezaliman Zionis Israel yang telah membunuh lebih 10,000 rakyat Palestin dalam tempoh 23 hari.

Kita sewajarnya membuka mata anak-anak kita mengenai isu yang berlaku dan bukan membina persepsi pakaian pejuang Palestin sebagai militan!

Cukuplah naratif songsang daripada media Barat yang mengimejkan pejuang Palestin sebagai pengganas. Jangan ditambah dengan dakyah Islamofobia secara halus atas alasan menjaga keharmonian.

Cukuplah kita dilihat pengecut apabila usul mengecam kekejaman Zionis tidak dibahaskan di dalam Parlimen, jangan disekat pula usaha pendidikan dan kesedaran dalam kalangan rakyat.

Jika mereka boleh bersatu membantah, maka PAS mengajak seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia yang prihatin untuk bersatu menyatakan sokongan kita kepada Palestin. PAS juga memberi amaran agar tidak ada mana-mana pihak yang berani bersekongkol dengan menutup kekejaman yang sedang berlaku.

Mempertahankan tanah air bukan tindakan ekstrem. Tiada istilah diam, neutral atau berkecuali dalam isu Israel-Palestin!

“Adil, Prihatin dan Berkebajikan”

USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Penerangan 
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) 
Bertarikh: 30 Oktober 2023 – HARAKAHDAILY30/10/2023


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo