Setakat ini, sebanyak 3,997 laman sesawang sudah disekat pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Sekatan tersebut dibuat ekoran ia dikesan melanggar peruntukan undang-undang negara seperti mempamerkan kandungan jelik, lucah, pinjaman wang dan pelanggaran hak cipta serta dagangan.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata sekatan itu dilaksanakan sejak 1 Januari hingga 31 Ogos lalu.
Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 1,247 laman sesawang disekat berkaitan pemancingan maklumat (phishing), diikuti kandungan lucah (1,022), judi atas talian (973), pelanggaran hak cipta (453), pelacuran (83), aktiviti pasaran modal (78), kawalan dadah dan kosmetik (38), kawalan makanan (30) dan pelanggaran cap dagangan (26).
“Ia membabitkan tindakan bersepadu agensi penguatkuasaan SKMM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC),” katanya dalam jawapan bertulis di laman web Parlimen.
Beliau menjawab soalan dikemukakan Wan Saifulruddin Wan Jan (PN Tasek Gelugor) yang mahu kementerian itu menyatakan senarai terperinci portal dan akaun media sosial yangdisekat berserta punca.
Fahmi berkata, dalam tempoh sama, SKMM turut menurunkan sejumlah 11,949 kandungan di platform media sosial seperti TikTok, Facebook, Instagram, X serta You Tube.
Ia membabitkan elemen kesalahan perjudian dalam talian (7,026 kes), penipuan dalam Talian (1,842 kes), jelik seperti gangguan/buli (1,263 kes), kandungan palsu (722 kes), lucah (506 kes), lain-lain kesalahan seperti pengiklan serta perkhidmatan tidak dibenarkan (405 kes), akaun palsu (157 kes), mengancam (27 kes), sumbang (satu kes).
“Penurunan atau pemadaman kandungan di platform media sosial amnya bersifat kekal dan tertakluk kepada terma dan syarat perkhidmatan yang ditetapkan oleh platform media sosial yang terbabit,” katanya.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment