NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sidang Kemuncak TikTok Shop Malaysia 2023

TikTok Shop mencipta gelombang baharu membeli-belah dalam talian melalui gabungan unik hiburan dan e-dagang.


Platform video kreatif berdurasi pendek, TikTok memperkenalkan TikTok Shop dalam usaha membangunkan perniagaan e-dagang seiring gelombang baharu membeli-belah dalam talian dikenali sebagai shoppertainment.

Baru-baru ini, Sidang Kemuncak TikTok Shop 2023 diadakan di Bangsar South untuk meraikan kejayaan mereka serta usahawan, dan content creatorsepanjang tahun lalu. Ramai usahawan terkemuka di TikTok Shop seperti Khairul Aming, Farm Fresh, KM Fashion, Zucca dan TulipPetals dijemput berkongsi pengalaman bagaimana TikTok Shop membantu mengembangkan perniagaan mereka.

Platform e-dagang yang unik

Gabungan unik antara hiburan dan membeli-belah dalam talian ditawarkan melalui TikTok Shop, membantu usahawan untuk mempromosikan perniagaan mereka dengan cara yang menyentuh emosi penonton. Contohnya, video TikTok berbentuk review dan tunjuk cara menyediakan contentbermaklumat kepada khalayak. Manakala, video yang memfokuskan pada hiburan berkesan untuk meningkatkan imej jenama.

Khairul Aming yang memenangi Anugerah Ikon Inspirasi untuk jenama tempatannya Sambal Nyet Berapi, berkongsi bagaimana content yang dicipta membolehkan beliau berinteraksi dengan penonton dengan lebih dekat.

“Pertama sekali, content saya tertumpu kepada hiburan. Saya lakukan sesi TikTok LIVE di mana saya akan memasak sambil berkongsi pengalaman. Saya tidak habiskan masa tersebut dengan menjual produk kepada penonton sahaja.

“Saya hanya ingatkan mereka untuk semak pautan produk setiap 10 hingga 15 minit. Dengan cara itu, penonton tidak rasa terpaksa untuk membeli produk saya dan mereka boleh membuat keputusan sendiri tanpa paksaan.”

Salah satu kelebihan TikTok LIVE ialah keupayaan untuk memberi respons terhadap maklum balas pelanggan secara langsung. Selain itu, dengan kombinasi live data yang disediakan oleh TikTok, penjual boleh membuat keputusan dengan cepat berdasarkan prestasi semasa produk mereka.

Farm Fresh percaya bahawa dengan menggunakan maklum balas yang diterima semasa sesi TikTok LIVE adalah kunci kejayaan perniagaan e-dagang.

Ketua Jenama dan Pemasaran Farm Fresh Charmaine Chow berkata data yang disediakan oleh TikTok Shop adalah real-time data.

“Ini bermakna, kita dapat melihat prestasi produk serta cara penonton berinteraksi dengan kita semasa sesi TikTok LIVE berlangsung.

“Ini membantu kami untuk memilih dan mengetengahkan produk seterusnya, atau mencipta content yang boleh menarik minat penonton untuk memanjangkan masa tontonan mereka” katanya.

Menyokong penjual tempatan

Semasa sidang kemuncak itu juga, TikTok Shop menegaskan semula komitmen mereka dalam usaha menyokong penjual, jenama dan content creator, selain berkongsi hasrat mereka untuk melabur 100 kali ganda lebih banyak dalam sokongan subsidi menerusi Shop Tab, LIVE policy dan Program Kempennya pada penggal keempat 2023.

Berita ini disambut baik usahawan dalam talian yang mendapat manfaat daripada TikTok Shop. Usaha sedemikian membolehkan usahawan dalam industri aksesori, pakaian dan fesyen di TikTok Shop seperti Zucca dan KM Fashion, mencapai kejayaan dalam meningkatkan jualan dan kesedaran jenama mereka.

Co-founder KM Fashion, Cris Low turut berkongsi pengalamannya, “Penukaran jualan biasanya berlaku apabila penonton menganggap strim langsung anda menghiburkan. Sebagai penjual, kebolehan untuk mengubah niat penonton yang pada asalnya hanya mencari hiburan untuk membuat pembelian adalah salah satu sebab mengapa saya rasa TikTok Shop adalah satu peluang hebat untuk mengembangkan perniagaan.

“Bagi saya, TikTok Shop bukan suatu ancaman kepada perniagaan lain. Sebagai contoh, pada mulanya KM Fashion adalah satu bisnes brick-and-mortar yang terletak di Perak sahaja, yang kini menggunakan model perniagaan hybrid. Ini membolehkan kami untuk menjangkau pasaran yang lebih luas sekaligus mengurangkan kos operasi seperti sewa dan gaji. Ini adalah antara sebab mengapa kami berpendapat bahawa perniagaan mempunyai potensi besar untuk berkembang di platform ini. TikTok Shop adalah batu loncatan untuk kami dan saya berharap rakyat Malaysia akan terus berpeluang untuk memiliki platform bermanfaat seperti TikTok Shop.”

Untuk mengetahui lebih lanjut cara mengembangkan perniagaan anda di TikTok Shop dan bagaimana shoppertainment merevolusikan perniagaan tempatan, anda boleh mendaftar di sini dan layari TikTok Shop Academy hari ini!


Sumber I FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo