PUTRAJAYA: Semua agensi penguatkuasaan dibenar menjalankan pemeriksaan di peringkat pengilang serta pemborong padi dan beras di seluruh negara, bawah Seksyen 6 Akta Kawalselia Padi dan Beras 1994.
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat penyelarasan Task Force Khas Operasi Bersepadu Beras Putih Tempatan dipengerusikan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin, semalam.
Menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, mesyuarat bersetuju menurunkan kuasa kepada agensi-agensi penguatkuasaan bawah Akta 522 bagi menjalankan pemeriksaan serta mewujudkan pusat gerakan bersepadu di kementerian.
Isnin lalu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu mengumumkan pelaksanaan Task Force Khas Bersepadu Penguatkuasaan Operasi Beras Putih (OP BPT) yang diketuai oleh Chan.
OP BPT melibatkan badan Kawalselia Padi dan Beras, penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, polis, Jabatan Kastam dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia.
Kementerian itu berkata, OP BPT bermula hari ini melibatkan pemeriksaan di 93 kilang, 130 pemborong dan peruncit serta turut meliputi pemeriksaan di sempadan negara dan pelabuhan utama.
“Kementerian menegaskan tindakan akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati menukar kampit atau mencampurkan beras putih tempatan dengan beras putih import atau menyembunyikan bekalan beras putih tempatan,” katanya.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment