NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Saya dengan penguat kuasa, bukan sendirian’, Akmal pertahan serbuan kilang beras

Dr Akmal Saleh giat menyerbu kilang beras untuk mengesan pengilang menyimpan bekalan beras.


PETALING JAYA: Exco Melaka Dr Akmal Saleh mendakwa tanpa “serbuan mengejut” yang dibuatnya ke kilang beras, mungkin kegiatan menyorok makanan ruji itu tidak akan diketahui umum sehingga pihak berkuasa bertindak.

Bercakap kepada FMT, beliau menegaskan serbuan dilakukannya di sekitar Melaka sejak bulan lalu disertai oleh pasukan penguat kuasa agensi kerajaan.

“Saya faham undang-undang dan bukan bodoh,” kata ketua Pemuda Umno itu, merujuk kenyataan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu kelmarin yang mengingatkan mana-mana pihak tidak bertindak sendirian menyerbu kilang beras.

Mohamad di Dewan Rakyat berkata: “Mereka tidak boleh buat serbuan dan ambil video.”

“(Individu) Jangan buat serbuan sebab kita ada undang-undang kena ikut, buat laporan kepada polis dan jabatan saya sebut tadi,” katanya tanpa menyebut nama individu berkenaan.

Pada 25 Sept, Akmal dalam satu serbuan mengugut untuk menarik balik lesen pengilang beras yang enggan menjual beras tempatan dengan paket dan harga ditetapkan kerajaan.

“Semua aduan yang diterima kena ambil tindakan pantas. Kena kurangkan birokrasi.

“Kalau saya tak dedahkan (tindakan sorok beras), sampai ke sudah kita tak tahu ada pihak sembunyikan beras,” kata Akmal yang memegang portfolio kemajuan desa, pertanian dan keterjaminan Makanan.

“Ini zaman maklumat di hujung jari, manfaatkan teknologi untuk rakyat dapat buat aduan dengan mudah dan rakyat tahu aduan mereka diambil tindakan.”

Kebelakangan ini, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan giat menjalankan pemeriksaan, terbaharu mereka menyita kilang di Kedah disita selepas didapati menyembunyikan 180 tan metrik beras putih tempatan dalam gudang simpanan yang tidak dinyatakan dalam lesen.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo