NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya beri Guan Eng, Najib RM2 juta seorang, ahli perniagaan beritahu mahkamah


Lim Guan Eng berdepan pertuduhan melibatkan dakwaan menerima RM3.3 juta daripada ahli perniagaan dan penyelewengan tanah negeri bernilai RM208.7 juta.



KUALA LUMPUR: Saksi utama dalam perbicaraan kes rasuah terowong bawah laut memberitahu Mahkamah Sesyen beliau membayar sejumlah RM4 juta kepada bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan perdana menteri ketika itu, Najib Razak pada 2017.

Pengarah Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd, Zarul Ahmad Zulkifli, berkata beliau mengarahkan pekerjanya – Azli Adam dan Ibrahim Sahari – menunaikan cek RM2 juta, yang bertujuan sebagai bayaran kepada Lim.

Katanya, wang itu sebahagian sogokan didakwa diterima Lim daripada projek terowong itu.

Lim berdepan pertuduhan menggunakan kedudukannya meminta Zarul komisen 10% daripada keuntungan daripada projek terowong bawah laut, dan menerima RM3.3 juta daripada ahli perniagaan berkenaan.

Beliau juga berdepan dua tuduhan penyelewengan tanah negeri bernilai RM208.7 juta.

“Saya mengeluarkan (sejumlah) RM4 juta, RM2 juta dalam bentuk tunai dan (baki) RM2 juta dalam bentuk cek.

“Wang tunai RM2 juta daripada simpanan saya dan diberikan kepada (bekas perdana menteri) Najib.

“RM2 juta lagi, datang daripada cek (untuk) diberikan kepada Lim Guan Eng,” kata Zarul.

Beliau turut mendakwa dana tersebut bertujuan diberikan kepada Najib diserahkan kepada G Gnanaraja.

Zarul berkata, beliau beranggapan Najib berada pada kedudukan “mempengaruhi” Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan terhadap Lim.

Peguam Lim, Gobind Singh Deo bagaimanapun menuduh Zarul berbohong.

Gobind menegaskan bahawa Zarul memberitahu SPRM dalam kes penipuan melibatkan Gnanaraja hanya satu cek sahaja dikeluarkan. Beliau berkata, Gnanaraja memperdaya Zarul untuk mempercayai dia boleh membantu menutup siasatan yang sedang berjalan kepada pengubahan wang.

Dalam maklum balas, Zarul memberitahu mahkamah beliau telah “membetulkan” kenyataannya kepada SPRM berhubung wang tunai dan cek berkenaan.

Ditanya sama ada beliau cuba “meletakkan kesalahan” terhadap Lim, Zarul menjawab: “Saya tidak setuju.”

Pendengaran bersambung esok di hadapan Hakim Azura Alwi, yang mana mahkamah dijangka mendengar permohonan Lim bagi mendapatkan kenyataan direkod daripada Zarul oleh SPRM.

Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo