KUALA LUMPUR – Kelantangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor setiap kali berada di mana-mana pentas pilihan raya semata-mata untuk menumbangkan parti lawan.
Wakil rakyat Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN- Alor Setar) berkata, ketika bertugas sebagai Menteri Besar, Muhammad Sanusi tidak mencampuri urusan pentadbiran dengan parti politik.
Beliau berkata, tidak hairanlah jika Muhammad Sanusi kelihatan lebih lantang menyerang parti lawan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kita kena beza atas pentas politik, gelanggang politik Pilihan Raya Kecil (PRK) ada bahasa dia.
“Kalau kita pakai baju Perdana Menteri, bercakap sebagai seorang Perdana Menteri.
“Kalau pakai baju Menteri Besar, cakap sebagai seorang Menteri Besar.
“Tapi ketika kita pakai baju parti politik, bertarung dalam gelanggang, sudah tentu kita akan menewaskan lawan dan kita nak menang, kita akan pergi ke arah pertarungan,” katanya ketika sesi perbahasan Belanjawan 2024 di Parlimen hari ini.
Terdahulu, RSN Rayer (PH- Jelutong) ketika mencelah perbahasan itu meminta Afnan Hamimi memberi tunjuk ajar kepada Sanusi agar lebih bersopan ketika memberi ucapan dan tidak menghentam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bukan bukan jentera parti politik.
Katanya, agensi kerajaan tidak boleh mengikut arahan dan jari telunjuk daripada parti politik.
“Kita perlu membezakan mana agensi parti politik, jentera parti, mana jentera kerajaan.
“Mereka bekerja mengikut general order yang telah ditetapkan, semua pegawai sudah ada garis panduan.
“Mereka sebenarnya tidak boleh mengikut arahan parti politik tapi ini berbeza dengan apa yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Madani pada hari ini,” katanya.
Ketika Rayer mencelah lagi meminta Afnan Hamimi menasihatkan Muhammad Sanusi agar mencontohi Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, beliau berkata, bekas Menteri Besar Kelantan itu juga menyerang parti lain ketika di pentas politik.
“Tok Guru Nik Aziz juga ada ucapan-ucapan khusus yang dibuat ketika pentas pilihan raya, dia juga pernah serang parti politik lain,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment