Di sebalik usaha keras Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk memperbaiki padang namun langkah diambil tampaknya tidak mencukupi bagi memastikan padang berada dalam keadaan yang benar-benar terbaik hanya dalam tempoh tiga hari.
Terdahulu, PSM menyatakan padang SNBJ sudah bersedia untuk menganjurkan final Pestabola Merdeka 2023 antara Malaysia menentang Tajikistan.
PSM menerusi satu kenyataan menjelaskan penilaian teknikal yang menyeluruh ke atas padang di SNBJ sudah dijalankan oleh perunding Zeon Zoysia menerusi perbincangan yang berlangsung dengan pihak terbabit.
Sebagai rekod, kualiti padang di SNBJ yang baru selesai dinaik taraf mendapat kritikan hebat daripada banyak pihak susulan rumput di gelanggang rasmi Harimau Malaya itu tercabut di beberapa bahagian padang ketika aksi sulung Pestabola Merdeka 2023, Jumaat lalu.
Aksi membabitkan pertembungan Malaysia dan India itu adalah perlawanan pertama yang berlangsung di stadium itu selepas ia ditutup bagi kerja naik taraf.
Sumber I BH Online
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment