NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Royalti : Dendam kalah PRN?


Royalti

Terkejut aku bila Menteri Besar Terengganu dedahkan Terengganu hanya dapat Rm405 juta daripada RM1.5 billion royalti petroleum yang sepatutnya diterima pada awal tahun 2023. 

Bayar pun ansuran 6 kali. Kau ingat hutang dengan pakistan jual karpet ke nak bayar ansur-ansur?

Sejak PAS memerintah Terengganu dari 2018 hingga 2022, 3 orang Perdana Menteri, tak pernah ada masalah ni. Mai zaman Perdana Menteri Kerajaan Madani ni, sangkut terus pembayaran.

Untuk rekod pembayaran royalti kepada Negeri Terengganu (2018-2023):

2018 : 1.374 B - Zaman Tun Mahathir
2019 : 1.497 B - Zaman Tun Mahathir
2020 : 1.226 B - Zaman TS Muhyiddin
2021 : 1.287 B - Zaman TS Muhyiddin
2022 : 1.394 B - Zaman DS Ismail Sabri
2023 : 405 J - Zaman DS Anwar Ibrahim 

Dulu masa PAS menang Terengganu tahun 1999, Kerajaan Pusat sekat pembayaran royalti bagi menghukum rakyat dan Kerajaan negeri Terengganu.

Sekarang sekali lagi pembayaran royalti disekat atas sebab sama. Bukan Kerajaan Pusat takde duit pun, Petronas dah bayar ontime kepada Kerajaan Pusat 5% hak Kerajaan Negeri. 

Busuk hati punya pasal, nak hukum rakyat dan Kerajaan Terengganu punya pasal, dia tak bayarlah. 

Mana tak bengangnya Mat, kena 32-0 aritu. Pedih dia sampai arini rasa tau.

Nak buat macamana, dah itu pilihan rakyat. Kau hormatlah. Ni tak, kau nak buat berdendam dengan rakyat dan Kerajaan Negeri pulak. Madani apa benda?

Dulu masa kau pembangkang, bukan main manifesto kau nak tuntut 20% bayaran royalti. Dah berkuasa, 5% pun kau liat nak bayar.

Dah lah ambil hasil bumi dan minyak dari Terengganu, lepas tu nak sekat hak mereka ape pasal?

Korang nak tahu tak, ada satu negara kat Asia Barat tu, dia ambil tanah negara lain, sekarang dia hambat penduduk negara tu keluar pulak. Sebijik perangai kau macam tu. 

Korang jangan tanya negara apa, nanti Fahmi Fadzil hantar Radio Car cari aku pulak. 

Kau buat macam ni sebenarnya kau zalimi hak rakyat Negeri Terengganu untuk kecapi pembangunan, untuk kemajuan, untuk pendidikan dan untuk kebajikan.

Bak kata Dr Samsuri, "marahkan nyamuk kelambu dibakar, marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah".

Kembalikan hak rakyat dan Kerajaan Negeri Terengganu. Berpolitiklah secara matang, bukan macam binatang. 

Nurul Islam Mohmed Yusoff

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo