NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RM150 juta peruntukan baiki tandas awam, Bajet 2024 terbesar dalam sejarah



Peruntukan untuk menyelenggara dan membaiki tandas awam sebanyak RM150 juta disediakan kerajaan campuran dalam Bajet 2024 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan membentang belanjawan terbesar dalam sejarah negara dengan peruntukan sebanyak RM393.8 bilion yang dikenali sebagai Belanjawan Madani Kedua hari ini.

RM150 juta peruntukan itu akan melibatkan sebanyak 150 tandas awam di 150 pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara, melalui Bajet 2024.

Anwar berkata peruntukan itu adalah tekad kerajaan bagi memperhebatkan usaha membaik pulih tandas awam seluruh negara.

Selain itu, projek pembaikan tandas di 8,354 sekolah juga hampir siap sepenuhnya dan akan diselesaikan tahun ini juga.

“Tidak boleh diterima akal bahawa selama ini kita membiarkan anak mengharungi alam persekolahan dengan kemudahan asas khususnya tandas yang rosak dan uzur,” katanya ketika membentangkan Bajet di Dewan Rakyat hari ini.

Daripada keseluruhan jumlah peruntukan tersebut, RM303.8 bilion adalah untuk belanja mengurus, RM90 bilion untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.

“Perbelanjaan tersebut melibatkan penambahan siling Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) sebanyak RM15 bilion lagi, menjadikan jumlah keseluruhan RM415 bilion untuk tempoh lima tahun.

“”Penambahan ini menunjukkan, kerajaan mengamalkan pendekatan fiskal yang mengembang walaupun pada masa yang sama bertanggungjawab mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat,” katanya lagi.

Belanjawan 2024 merupakan Belanjawan Madani Kedua sebagai kesinambungan dasar yang menelusuri Kerangka Ekonomi Madani melibatkan tiga tumpuan utama iaitu; Tatakelola Terbaik Demi Ketangkasan Perkhidmatan; Penstrukturan Semula Ekonomi Bagi Melonjak Pertumbuhan; Peningkatan Darjat Hidup Rakyat.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo