NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ringgit jatuh mencecah paras RM4.80 berbanding dolar, terburuk sejak 25 tahun



Ringgit meneruskan tren kejatuhan apabila ditutup rendah petang ini berbanding dolar AS.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan susut sebanyak 0.49 peratus kepada 4.7900/7975 berbanding dolar AS daripada penutup Jumaat pada 4.7655/7700. 

Ringgit kini berlegar pada paras terendah sejak 25 tahun lalu dibawah kerajaan campuran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang tempatan juga terus kekal lemah kerana pelabur bimbang akan konflik Timur Tengah yang berpanjangan.


“Saya percaya pasaran masih berhati-hati tentang kemungkinan serangan darat (ke Gaza) oleh tentera Israel (sementara) sokongan tidak berbelah bahagi daripada negara maju untuk Israel boleh mengakibatkan kesan berpanjangan di rantau ini.

“Sehubungan itu, pasaran pertukaran asing akan terus kekal mengelak risiko yang akan mengakibatkan permintaan yang lebih tinggi bagi dolar AS,” katanya dipetik laporan Bernama.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan berkata faktor di peringkat luaran terus mendorong perkembangan membabitkan prestasi ringgit dan mata wang serantau.

Beliau berkata, salah satu faktor yang mempengaruhi prestasi ringgit bagi tahun ini adalah jangkaan bahawa Kadar Dana Persekutuan (FFR) AS akan kekal lebih tinggi untuk tempoh yang lebih lama. 

Selain itu, Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Rasheed Abdul Ghaffour berkata bank pusat itu akan melaksanakan sebarang langkah perlu untuk memastikan ringgit terus diselaras secara teratur, yang membolehkan urusan perniagaan dipermudah.

“Hampir semua mata wang di dunia menyusut berbanding dolar AS, terutamanya di negara pesat membangun termasuk Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, berbanding kelompok mata wang utama lain, ringgit diniagakan rendah berbanding pound Britain kepada 5.8179/8270 daripada 5.7777/7831 pada Jumaat, susut berbanding euro kepada 5.0736/0815 daripada 5.0462/0510 dan rendah berbanding yen pada 3.1935/1985 daripada 3.1781/1813 sebelum ini.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama Asean.

Ia susut berbanding berbanding baht Thailand kepada 13.1104/1359 daripada 13.0504/0681 dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.4872/4932 daripada 3.4731/4767 pada Jumaat.

Unit tempatan itu juga merosot berbanding peso Filipina pada 8.43/8.44 daripada 8.38/8.40 namun mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 300.5/301.2 daripada 300.1/300.7, sebelum ini.


Sumber I Agenda Daily 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo