NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ralat `Tinjauan Fiskal’ timbul banyak persoalan



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL (PN) melahirkan perasaan terkejut dengan kesilapan dalam dokumen Tinjauan Fiskal membabitkan perbezaan angka yang sangat besar.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin memberitahu bahawa Ahli Parlimen PN menerima makluman daripada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, berhubung perubahan angka jumlah hasil selaras dengan langkah Belanjawan 2024 pada dokumen Tinjauan Fiskal.

Pada muka surat 231, iaitu muka surat terakhir Tinjauan Fiskal, katanya menyatakan mengenai hasil daripada langkah-langkah yang baru dilaksanakan oleh kerajaan.

“Dalam konteks makluman Timbalan Menteri Kewangan kepada kami, pada muka surat itu dinyatakan terdapat angka yang berbeza atau ralat dalam buku penyata hasil kerajaan dan seiingat saya ini merupakan kali pertama berlaku dalam sejarah, buku penyata hasil ada ralat,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman.

Dr Radzi berkata, ramai Ahli Parlimen PN sebelum ini ingin mengetahui kesan kenaikan cukai perkhidmatan sebanyak dua peratus terhadap kepada kenaikan hasil.

Katanya, kebanyakan ralat dalam Tinjauan Fiskal adalah pada bahagian cukai tidak langsung, iaitu angka asal cukai itu hanya RM623 juta, tetapi ralat itu mengubah angka itu kepada RM4.698 bilion, iaitu satu jumlah yang besar.

“Kedua kita lihat duti eksais, dalam buku ini RM523 juta, iaitu komponen cukai tidak langsung naik kepada RM1.148 bilion dan yang paling nyata ialah apabila kenaikan cukai perkhidmatan sebanyak dua peratus, baru hendak diletakkan `line item’ dalam buku ini.

“Sebelum ini, kenaikan cukai perkhidmatan tidak disebutkan langsung. Sekarang kenaikan cukai perkhidmatan akan menyumbang kepada RM3.45 bilion, iaitu tambahan jumlah hasil bersih daripada RM484 juta kepada RM4.559 bilion,” katanya.

“Sebab itu, kami ingin kerajaan menjelaskan kenapa SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) yang dinaikkan sebanyak RM3.45 bilion itu `line item’ baru ada. Adakah ini sesuatu cadangan yang hendak dilaksanakan pada saat akhir atau perkara yang tidak dipertimbangkan sebelum ini,” katanya.

Beliau meminta kerajaan memberi penjelasan rapi kerana rekod pegawai Kementerian Kewangan menyediakan belanjawan amat teliti. – HARAKAHDAILY 23/10/2023



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo