NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ralat Bajet 2024: Menteri Kewangan tidak cermat



RABU lepas ketika berbahas Bajet 2024, saya telah pertikaikan angka hasil 2024 yang sangat rendah berbanding tahun-tahun sebelum ini iaitu hanya RM307.60 billion iaitu peningkatan hanya RM4.4 billion berbanding anggaran disemak RM303.20 tahun 2023.

Untuk rekod, anggaran hasil 2023 ini mengalami penambahan RM8.84 billion berbanding jumlah hasil 2022 sebanyak RM294.36. Manakala jumlah hasil 2022 bertambah RM60.61 billion berbanding 2021 sebanyak RM233.75. Bahkan tahun 2021 dalam tempoh COVID-19 pun bertambah RM8.67 billion berbanding 2020 sebanyak RM225.08 billion. 

Rupa-rupanya ada ralat. Ada pembetulan pada angka jumlah anggaran hasil 2024. Anggaran sebenarnya ialah 312,159,005,000.00 atau pertambahan sebanyak RM8.959billion berbanding tahun 2023. Oklah, not bad.

Isunya, kenapa perlu ada ralat? Dokumen bajet ni sudah tentu mempunyai pasukannya yang akan bertungkus lumus beberapa bulan. Bahkan Menteri yang membentangkannya ialah Menteri Kewangan terbaik di Asia Tenggara (kalaupun tidak di dunia!).

Angka jumlah hasil ialah angka yang sangat penting dan di situlah dirujuk hampir semua perkara berkait bajet ini. Takkanlah terlalu fokus kepada perkataan-perkataan baru (yang diimport dari Indonesia) sehingga melupakan perkara asas dalam Bajet untuk disemak sebelum dicetak?

Aduuh.. Menteri Kewangan kita!

YB USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Ahli Parlimen Pasir Mas – HARAKAHDAILY 23/10/2023


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo