NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Puting beliung dan ribut melanda Kubang Pasu

Rumah rosak teruk selepas dilanda ribut dan belalai air di Kampung Pida 2, Manggol Bongor.


Beberapa rumah di daerah Kubang Pasu mengalami kerosakan termasuk bumbung tercabut akibat ribut dan puting beliung dalam kejadian kira-kira 3.30 petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata pihaknya menerima laporan kejadian melibatkan Kampung Pida 3 dan Pida 4 Baru itu kira-kira 15 minit kemudian daripada orang awam, lapor Bernama.

“Susulan hujan lebat serta puting beliung yang melanda Kubang Pasu, beberapa rumah telah terjejas dan mengalami kerosakan harta benda,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata tindakan sedang diambil oleh Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kubang Pasu antaranya melakukan pemantauan serta membantu membersihkan kawasan terjejas.

Menurut Mohd Adenin pihak PKOD juga sedang mengumpul maklumat kejadian, butiran mangsa dan menasihatkan penduduk terlibat membuat laporan polis.

“Keadaan terkawal dan tiada mangsa cedera,” katanya dan menambah jumlah rumah terjejas masih belum diketahui.


Sumber I Agenda Daily 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo