NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Pulangkan Najib’, penyokong protes mahu ‘Bossku’ diampun

Peserta berhimpun di hadapan Masjid Negara selepas solat Zuhur dan mendesak bekas perdana menteri Najib Razak diberi pengampunan.


KUALA LUMPUR: Lebih 2,000 ahli Umno berkumpul di luar Masjid Negara mendesak bekas presiden parti Najib Razak diberikan pengampunan diraja.

Mereka yang memakai baju-T putih turut kedengaran melaungkan slogan “Pulangkan Najib” sebagai menyokong bekas perdana menteri itu.

Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, berkata kumpulan itu termasuk ahli sayap Pemuda parti dan pergerakan pelajar mereka. Beliau berkata mereka adalah antara “ramai rakyat Malaysia yang mahu Najib diampunkan”.

“Keadilan untuk Najib dinafikan selepas pertukaran peguamnya dan beliau tidak diberi masa oleh Mahkamah Persekutuan untuk mengemukakan rayuannya.

“Orang lain boleh dapat kenapa bukan Najib?,” soalnya pada perhimpunan itu.

Turut hadir memberi sokongan ialah anak lelaki Najib, Nazifuddin.

Akmal berkata petisyen supaya Najib diberi pengampunan setakat ini menerima lebih sejuta tandatangan.

“Kami masih menunggu tarikh daripada Istana Negara untuk menghantar petisyen, supaya Yang di-Pertuan Agong mempertimbangkannya berdasarkan kebijaksanaan baginda,” katanya.

Kira-kira 15 minit selepas perhimpunan, polis tiba untuk menghalang peserta tetapi acara diteruskan tidak lama selepas itu. Perhimpunan itu bagaimanapun berakhir seperti diarahkan polis.

Pada 28 Julai 2020, Najib disabitkan oleh Hakim Nazlan Ghazali, yang ketika itu hakim Mahkamah Tinggi, atas tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah (CBT) dalam kes SRC International, membabitkan dana berjumlah RM42 juta.

Rayuannya kepada Mahkamah Rayuan ditolak pada 8 Dis 2021.

Najib mula menjalani hukuman penjara 12 tahun pada 23 Ogos 2022, selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya.

Pada 23 Mac, mahkamah tertinggi menolak permohonan bekas perdana menteri untuk kebenaran supaya keputusannya dalam rayuan disemak semula.


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo