NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PTPTN: Kerajaan Madani ‘flip flop’ lagi




KUALA LUMPUR: Pada 4 Oktober lepas Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan tidak bercadang meneruskan pemberian diskaun pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilapor berkata, keputusan muktamad berhubung perkara itu tertakluk kepada Kementerian Kewangan.

“Setakat ini, kita sudah tidak lagi meneruskan. Apa-apa pun mengenai hal itu, tertakluk kepada keputusan Kementerian Kewangan,” katanya.

Bagaimanapun hari ini ketika membentang Belanjawan 2024 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersetuju memberi diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sebanyak 10 hingga 15 peratus bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024.

Menurutnya inisiatif diskaun yang dibahagikan kepada tiga kadar iaitu pertama, diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.

Kedua, diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran. Dan ketiga, diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit berjadual.

Apa yang berlaku itu menggambarkan kerajaan Madani terus flip flop, tidak ada pendirian tegas mengenainya, dan berubah selepas dikritik hebat rakyat.

Isu itu sebelum ini menarik perhatian ramai terutamanya peminjam PTPTN yang mengkritik keras tindakan kerajaan tidak lagi meneruskan diskaun.

Kata mereka dalam situasi sekarang dengan peningkatan kos sara hidup menggambarkan kerajaan tidak prihatin terhadap kesengsaraan rakyat.

Lebih-lebih lagi ramai mahasiswa yang belum mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi. – HARAKAHDAILY 13/10/2023



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo