Mohamad ketika menjawab soalan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. - Foto Bernama |
KUALA LUMPUR - Projek menaik taraf sistem pengairan di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bagi menjayakan projek penanaman padi lima musim dalam dua tahun, dijangka bermula tahun depan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, antara inisiatif di bawah projek berskala besar itu ialah pembangunan dan penyelenggaraan 100 blok sistem pengairan tertier, projek pemulihan menyeluruh Empangan Pedu serta pembangunan dan penyelenggaraan skim pemindahan sumber air Jeniang fasa dua.
Beliau berkata, projek dengan peruntukan RM3 bilion itu akan dilaksanakan dengan konsep kerjasama awam-swasta, melibatkan pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur penanaman padi di kawasan MADA dibiayai sepenuhnya terlebih dahulu oleh pihak swasta.
"Sehingga 30 September 2023, pelaksanaan inisiatif ini sedang dalam peringkat penilaian perolehan melalui kaedah permintaan untuk cadangan (RFP), yang diuruskan bersama di antara unit kerjasama awam-swasta, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, MADA dan jabatan-jabatan lain juga terlibat.
"Pembidaannya sedang berjalan sekarang yang akan dibayar semula oleh kerajaan kepada syarikat terlibat selepas projek siap," katanya pada sesi soal jawab di Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang ingin tahu bilakah projek naik taraf pengairan itu akan disiapkan.
Selain itu, beliau turut menegaskan komitmen kementeriannya untuk terus memperkasa sistem pengairan bagi tanaman padi seluruh negara, terutamanya di Sabah dan Sarawak, bagi menjadikan kedua-dua negeri itu jelapang padi kedua negara.
"(ini) setelah kita lihat di negeri-negeri utara ini banjirnya berlaku serentak, selalunya pada bulan Disember dan Januari.
Sumber I Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment