PERIKATAN NASIONAL (PN) menerima keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai dengan keazaman yang lebih bersemangat berdasarkan peningkatan undi yang bertambah, dalam keadaan demokrasi tempang setelah dicabuli undang-undang yang membatalkan kemenangan parti lawan oleh pihak mahkamah.

Kita dapat menyaksikan amalan politik wang dan sogokan kepada pengundi dilakukan secara terbuka, termasuklah dengan mengumpan pengundi dengan sekampit beras ketika rakyat sukar mendapatkannya. Malah perilaku dan tata kelola ini turut dihalalkan oleh Pakatan Harapan (PH) dan rakan-rakannya yang berslogan reformasi yang sudah nyata pembohongannya. 

Perkara ini disedari oleh ramai pemimpin Umno-BN dan penyokongnya betapa kebocoran yang besar ini boleh menenggelamkan bahtera mereka, serta diketahui ancaman bahaya jerung DAP-PH dan bala tentera upahannya yang menumpang ideologi yang sesat, namun masih ada yang tidak berfikiran jauh ke hadapan demi menyelamatkan diri masing-masing dengan cara yang salah.

Al-Quran juga menceritakan bagaimana kerajaan pada zaman dahulu yang menipu rakyatnya. Firman Allah SWT:

﴿ŁˆَŁ†َŲ§ŲÆَŁ‰ٰ ŁِŲ±ۡŲ¹َŁˆۡŁ†ُ ŁِŁŠ Ł‚َŁˆۡŁ…ِŁ‡ِŪ¦ Ł‚َŲ§Ł„َ ŁŠَٰŁ‚َŁˆۡŁ…ِ Ų£َŁ„َŁŠۡŲ³َ Ł„ِŁŠ Ł…ُŁ„ۡŁƒُ Ł…ِŲµۡŲ±َ ŁˆَŁ‡َٰŲ°ِŁ‡ِ Ł±Ł„ۡŲ£َŁ†ۡŁ‡َٰŲ±ُ ŲŖَŲ¬ۡŲ±ِŁŠ Ł…ِŁ† ŲŖَŲ­ۡŲŖِŁŠٓۚ Ų£َŁَŁ„َŲ§ ŲŖُŲØۡŲµِŲ±ُŁˆŁ†َŁ„Ł” Ų£َŁ…ۡ Ų£َŁ†َŲ§۠ Ų®َŁŠۡŲ±ٞ Ł…ِّŁ†ۡ Ł‡َٰŲ°َŲ§ Ł±Ł„َّŲ°ِŁŠ Ł‡ُŁˆَ Ł…َŁ‡ِŁŠŁ†ٞ ŁˆَŁ„َŲ§ ŁŠَŁƒَŲ§ŲÆُ ŁŠُŲØِŁŠŁ†ُŁ„Ł¢ ŁَŁ„َŁˆۡŁ„َŲ¢ Ų£ُŁ„ۡŁ‚ِŁŠَ Ų¹َŁ„َŁŠۡŁ‡ِ Ų£َŲ³ۡŁˆِŲ±َŲ©ٞ Ł…ِّŁ† Ų°َŁ‡َŲØٍ Ų£َŁˆۡ Ų¬َŲ¢Ų”َ Ł…َŲ¹َŁ‡ُ Ł±Ł„ۡŁ…َŁ„َŁ€ٰٓŲ¦ِŁƒَŲ©ُ Ł…ُŁ‚ۡŲŖَŲ±ِŁ†ِŁŠŁ†َŁ„Ł£ ŁَŁ±Ų³ۡŲŖَŲ®َŁَّ Ł‚َŁˆۡŁ…َŁ‡ُŪ„ ŁَŲ£َŲ·َŲ§Ų¹ُŁˆŁ‡ُۚ Ų„ِŁ†َّŁ‡ُŁ…ۡ ŁƒَŲ§Ł†ُŁˆŲ§ْ Ł‚َŁˆۡŁ…ٗŲ§ ŁَٰŲ³ِŁ‚ِŁŠŁ†َŁ„Ł¤ ŁَŁ„َŁ…َّŲ¢ Ų”َŲ§Ų³َŁُŁˆŁ†َŲ§ Ł±Ł†ŲŖَŁ‚َŁ…ۡŁ†َŲ§ Ł…ِŁ†ۡŁ‡ُŁ…ۡ ŁَŲ£َŲŗۡŲ±َŁ‚ۡŁ†َٰŁ‡ُŁ…ۡ Ų£َŲ¬ۡŁ…َŲ¹ِŁŠŁ†َŁ„Ł„ ŁَŲ¬َŲ¹َŁ„ۡŁ†َٰŁ‡ُŁ…ۡ Ų³َŁ„َŁٗŲ§ ŁˆَŁ…َŲ«َŁ„ٗŲ§ Ł„ِّŁ„ۡŲ£ٓŲ®ِŲ±ِŁŠŁ†َŁ„Ł¦﴾

“Dan Firaun berseru kepada kaumnya (seraya) berkata, ‘Wahai kaumku! Bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaanku dan (bukankah) sungai-sungai ini mengalir di bawahku (istanaku); maka apakah kamu tidak melihatnya? (51) Bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina keadaannya ini, dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan (perkataannya)? (52) (Jika benar dia seorang rasul) Mengapa tidak dipakaikan kepadanya gelang daripada emas atau malaikat datang bersama-samanya untuk mengiringinya?’ (53) Maka, Firaun memperbodohkan rakyatnya (dengan perkataan itu), lalu mereka patuh kepadanya. Kerana sesungguhnya mereka ialah kaum yang fasiq. (54) Maka, tatkala mereka membuat Kami murka, Kami menghukum mereka lalu kami tenggelamkan mereka semuanya (di dalam laut). (55) Dan Kami jadikan mereka sebagai pengajaran dan contoh bagi orang-orang yang kemudian. (56)” [Surah al-Zukhruf: 51-56]

Sesungguhnya, al-Quran kekal menjadi hidayah petunjuk kepada manusia sepanjang zaman.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 23 Rabi‘ al-Awwal 1445 / 9 Oktober 2023 – HARAKAHDAILY 9/10/2023