SHAH ALAM: Pas yakin akan mengulangi kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu dan Kuala Terengganu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman tidak lama lagi.
Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, kejayaan Perikatan Nasional (PN) khususnya Pas pada PRN dan PRK lalu di negeri itu didorong oleh sokongan daripada pengundi-pengundi Barisan Nasional (BN) – UMNO.
PH-BN itu satu undi itu undi Cina, hak yang baru ni pun memang datang dari Cina. Tetapi yang baru-baru ini (PRN), pengundi dari BN-UMNO datang kepada kita dalam seribu lebih.
“Saya yakin, insya-Allah (untuk mengulangi kejayaan tersebut),” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), hari ini.
September lalu, Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu, membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid yang mewakili PN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.
Hakimnya, Datuk Anselm Charles Fernandis membenarkan petisyen pilihan raya yang difailkan oleh pempestiyen, Wan Mohamad Hisham Wan Abdul.
Dalam pada itu, Idris yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai memberitahu terdapat kebarangkalian Che Alias dicalonkan sekali lagi dalam PRK Kemaman yang akan diputuskan tarikhnya menerusi mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selasa ini.
“Semua kebarangkalian itu ada orang tempatan, luar yang asal (calon asal) pun ada, tetapi orang Pas memang tak rebut bab calon,” ujarnya.
Untuk rekod, pada PRU15 lalu, Che Alias Hamid memenangi kerusi Parlimen Kemaman selepas memperoleh sebanyak 65,714 undi menewaskan Ahmad yang mendapat undi sebanyak 38,535 dengan majoriti 27,179 undi.
Dua lagi calon yang bertanding di Parlimen itu, Rosli Ab. Ghani (Pejuang) dan Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) masing-masing mendapat undi sebanyak 506 dan 8,340 undi.
Dalam PRK Kuala Terengganu pula, wakil Pas, Datuk Ahmad Amzad Hashim diumum menang selepas menewaskan Azan Ismail (Pakatan Harapan) dengan majoriti 47,266. Ahmad Amzad mendapat 68,369 undi berbanding Azan (21,103). – UTUSAN
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment