NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Kemaman: PAS tidak pandang rendah parti lawan




KUALA NERUS: PAS tidak memandang rendah keupayaan parti lawan bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, 2 Disember ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, PAS tidak boleh bergerak dalam keadaan selesa walaupun parti itu menang majoriti besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di parlimen berkenaan.

“Walaupun majoriti besar, saya selalu pesan kepada semua jentera dan pimpinan kerajaan negeri bahawa kemenangan besar dalam pilihan raya yang lalu bukan lesen untuk kita berbuat apa sahaja.

“Hatta dalam pilihan raya negeri lepas ia tidak menjadi lesen untuk kita berbuat sesuka hati, kita ada peraturan, cara dan paling penting kita ada adat dan budaya yang perlu kita hormati,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perasmian Festival Perkampungan Belia Sempena Program Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu, di Dewan Pengakap Tengku Muhammad Ismail, di sini, hari ini.

PRK parlimen diadakan berikutan Mahkamah Pilihanraya membatalkan kemenangan calon Perikatan Nasional Che Alias Hamid atas dakwaan berlaku sogokan program anjuran kerajaan negeri.

Dr Samsuri yang juga Naib Presiden PAS berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi komitmen bersama kementerian untuk memajukan golongan belia di negeri itu.

Tambah beliau, sekiranya ada program anjuran Kementerian Belia yang ingin dilaksanakan boleh dibincangkan dengan kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri terbuka untuk melaksanakan apa jua program anjuran kementerian, jadi saya rasa tidak ada masalah untuk kita bersama memperkasakan golongan belia,” katanya.

Ditanya mengenai prestasi persatuan belia di Terengganu, katanya mereka perlu meneroka lebih jauh supaya persatuan belia di Terengganu hebat sampai ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Walaupun kita sedar ada kekangan dari segi kewangan dan sebagainya tapi penggunaan media sosial untuk memperkasa dan mengur-uarkan program persatuan belia boleh dilaksanakan,” katanya. – HARAKAHDAILY 28/10/2023



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo