NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Premis judi Magnum tunggal di Perlis tutup kedai bermula hari ini

story-image
Satu-satunya kedai judi Magnum di Perlis menamatkan operasi, menjadikannya pengendali ramalan nombor ketiga yang "tutup kedai" sejak kerajaan negeri pimpinan PAS memutuskan untuk tidak lagi memperbaharui lesen premis judi.

Kini ada tiga lagi kedai 4D di negeri itu dan akan tidak lagi beroperasi apabila lesen mereka tamat.

Menurut Guan Ming Daily, kedai Magnum di Kangar itu memamparkan notis berbunyi: Dengan rasa kesal kami memaklumkan, bagi mematuhi arahan kerajaan negeri, kedai ini akan ditutup bermula 5 Oktober.

"Kami memohon maaf atas kesulitan ini. Terima kasih atas sokongan anda," menurut notis itu.

Perlis adalah negeri PAS keempat yang tidak lagi mengeluarkan lesen premis judi selepas Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Kelantan dan Terengganu masing-masing telah mengambil langkah itu pada 1990 dan 2020. Kedah pula berbuat demikian pada Januari lalu, membawa kepada penamatan operasi 45 kedai judi.

Pada Jun lalu, Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata pengendali akan diberi masa secukupnya untuk menceburi perniagaan lain.

Mohd Shukri juga menyangkal langkah itu akan menyebabkan percambahan kegiatan judi haram, dengan berkata polis bertanggungjawab untuk membanteras kegiatan itu.

Terdahulu hari ini, Malaysiakini melaporkan Pejabat Tanah dan Daerah Kota Setar (PTDKS) dan Majlis Bandar Raya Alor Setar (MBAS) tidak akan lagi mengeluarkan lesen baru rumah urut berkuat kuasa serta-merta.

Menurut hantaran di laman Facebook MBAS, Datuk Bandar Alor Setar Mohd Yusri Md Daud berkata ia selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah pada 21 Jun lalu.

MBAS berkata keputusan itu dibuat untuk membanteras kegiatan tidak bermoral.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo