NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis tahan aktivis media sosial lantang kritik kerajaan



Aktivis media sosial, Ruslin Abdullah yang mengulas senario ketidaktentuan politik semasa ditahan reman pada sekitar jam 3.00 petang, 30 Oktober, 2023 bagi membantu siasatan terhadap posting beliau mengkritik kegagalan kerajaan.

Ruslin, 38, ditahan di sebuah premis di Kuala Lumpur oleh lebih 10 anggota polis berpakaian preman yang percayai diketuai pegawai kanan Bukit Aman dari Unit Jenayah Terkelas.

Penahanan seperti yang diperlakukan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini.

Ketika ditahan, polis secara lisan mengesahkan ini merupakan tahanan biasa bagi memberi keterangan sahaja, walaupun anggota yang datang agak ramai.

Beliau ditahan bermula semalam dan polis mengemukakan permohonan reman terhadap Ruslin di Mahkamah Majistret pagi ini sehingga 1 November 2023 (esok).

Agenda Daily kini sedang mendapatkan pengesahan pihak polis bagi mendapatkan pengesahan berhubung penahanan tersebut.

Sementara itu, difahamkan peguam mewakili Ruslin juga sudah dilantik dan sedang mengendalikan proses selanjutnya sehingga tempoh reman berakhir esok.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo