Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PN-Marang) berkata, ini kerana keputusan tersebut bakal mengundang kemarahan umat Islam.
Menurutnya, PN akan menjadi wadah bagi menggerakkan sokongan rakyat terhadap usaha mempertahankan keutuhan undang-undang syariah, sekali gus mempertahankan kedaulatan agama Islam di negara ini.
“Saya beri amaran kepada kerajaan, oleh kerana ini menyentuh umat Islam, Allah Taala dan Raja-Raja Melayu, kalau kerajaan sekarang tidak mahu bertindak, kami akan bertindak.
“Bagaimana kami bertindak…tunggu dan lihat, keadaan yang munasabah, kalau nak bawa ke mahkamah kita pergi, nak ke mana kita pergi, Insya-Allah sehingga kita berjaya mempertahankan kedaulatan Islam,” katanya ketika perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.
Presiden PAS berkata, ini tidak bermakna menafikan hak golongan bukan Islam kerana perkara itu sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu kebebasan agama selain Islam dijamin.
Malah dalam Islam, katanya turut melarang penganutnya mengecam serta mencerca kepercayaan dan tuhan agama lain kerana jika perbuatan itu dibenarkan kelak, penganut agama lain pula akan mencela Allah.
“Bukankah dalam Perlembagaan sudah disebut kebebasan agama lain dijamin, ini dipersetujui oleh parti-parti yang terlibat selepas negara mencapai kemerdekaan.
“PAS terlibat dalam kemerdekaan, Umno, Parti Negara dan beberapa parti kerajaan sekarang. Dap dan PKR (ditubuhkan) kemudian. Kita terlibat dan sebab itu tidak menjadi masalah dan ini menjadi tanggungjawab kita,” katanya.
Sebelum ini Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Natasya Tengku Abdul Rahman mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 dalam usaha mengisytiharkan 20 peruntukan kesalahan dalam enakmen itu, terbatal dan tidak sah. – HARAKAHDAILY 24/10/2023
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment