Amirudin Shari berkata, beliau difahamkan pihak guaman PKR menerusi Jabatan Pilihan Raya Pusat parti tidak mahu meneruskan penghantaran petisyen itu. (Bernama pic) |
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak meneruskan petisyen terhadap keputusan PRN Selangor bagi DUN Taman Medan, Sungai Kandis dan Dengkil.
Ketua PH Selangor, Amirudin Shari berkata, beliau akan menyemak keputusan itu dengan peguam PKR yang ditentukan melalui Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) parti.
Katanya, hanya satu petisyen bantahan dikemukakan, iaitu DUN Gombak Setia oleh Barisan Nasional.
“Petisyen bagi Gombak Setia sudah dihantar, yang lain (tiga DUN) dalam penelitian, tetapi saya difahamkan pihak peguam PKR merasakan kes-kes tersebut tidak mahu diteruskan, jadi itu kita serahkan kepada JPRP.
“Kita akan tengok balik kenapa tempoh hari tidak dimajukan (diteruskan),” katanya menurut Berita Harian dalam sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Sebelum ini, petisyen membabitkan empat DUN itu dirancang selepas kekalahan tipis PH dan BN. Mereka tewas tipis di Sungai Kandis dengan majoriti 167 undi, Taman Medan (30), Gombak Setia (58) dan Dengkil (407).
Di Gombak Setia, Hilman Idham (PN) menang DUN itu dengan memperoleh undi 30,299 undi menewaskan calon BN, Megat Zulkarnain Omardin yang meraih 30,241 undi, manakala bekas exco, Zawawi Ahmad Mughni tewas kepada Ketua Bersatu Kota Raja, Wan Dzahanurin Ahmad di Sungai Kandis, masing-masing meraih 28,759 serta 28,926 undi.
Di Taman Medan, Setiausaha PN Selangor, Dr Afif Bahardin mendapat 22,316 undi menewaskan calon PH, Ahmad Akhir Pawan Chik yang meraih 22,286 undi. Bagi DUN Dengkil, Noorazli Said (BN) tewas kepada wakil PN, Jamil Salleh dengan memperoleh 33,154 undi berbanding 33,561 undi.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment