NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pesawah turun padang tuntut kenaikan harga padi

Hampir 100 petani turun padang menyatakan keridakpuasan hati mereka terhadap harga padi yang terlalu rendah.


ALOR SETAR - Hampir 100 pesawah di daerah ini berkumpul bagi menuntut kerajaan menaikkan semula harga belian padi kepada RM1,700 per metrik tan.

Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Mohd Fuad Yaacob berkata, petani sangat terkesan dengan kenaikan secara mengejut itu memandangkan tanaman padi musim ini belum tamat.

Menurutnya, banyak persoalan turut timbul berkaitan isu terbabit kerana Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood pernah mengarahkan Syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) membeli padi pada harga RM1,600 per metrik tan sebelum ini.

"Bagaimanapun timbul persoalan kepada petani kenapa pada 3 Oktober, Bernas membeli padi pada harga RM1,250.

 "Oleh itu petani menuntut penjelasan daripada Azman kenapa berlaku penurunan harga padi ini, adakah ia arahan beliau sendiri?," soalnya ketika ditemui di Pusat Kegiatan Komuniti TTZ Lahar Budi, Mukim Derga pada Ahad.

Mohd Fuad berkata, petani juga berharap kerajaan dapat menetapkan harga lantai RM1,500 untuk belian padi dan juga membuat kajian semula harga beras tempatan.

"Sedangkan penetapan RM26 harga beras dan padi pada harga RM1,200 juga kerajaan kena maklumkan sampai bila nak kekal (harga tersebut).

"Adakah 10 tahun, 20 tahun lagi, sebab kos pengeluaran padi makin hari makin naik. Jadi kami meminta dan merayu supaya pihak Kementerian Pertanian berbincang dengan pemegang taruh dan berunding dengan semua pihak supaya kita dapat harga menang-menang sekali gus membantu golongan petani," ujarnya.

Dalam pada itu, Exco Tugas-Tugas Khas PeSAWAH, Abdul Rashid Yob mendakwa harga padi dan bekalan beras yang tidak normal sejak kebelakangan ini menunjukkan adanya campur tangan kartel.

"Pesawah pula semakin tersepit apabila semua kos untuk menanam padi meningkat sejak kenaikan harga padi seperti harga benih, jentera dan sewaan bendang.

"Maka penurunan harga padi ini sudah tentu menyebabkan kerugian yang besar tanpa diduga," katanya.

Tambahnya, punca utama permasalahan ini ialah mekanisme harga kawalan yang tidak sesuai kerana tidak dikaji semula sejak 2008.

"Kini sudah tiba masanya harga siling beras putih tempatan dinaikkan daripada RM2.60 per kilo kepada RM 3.50 per kilo secara maksimum.

"Harga lantai belian padi mentah pula dinaikkan daripada RM1,200 per tan kepada RM1,500 per tan," katanya.

Jelas beliau lagi, dengan ini adanya jaminan untuk jangka masa panjang bagi mengelakkan manipulasi yang berterusan kepada petani.

Sementara itu, Ketua Peladang Muda Batu 11 Bukit Besar, Aswadil Khairi Che Omar berkata, peladang Muda Kedah Perlis sangat kecewa dengan penurunan harga padi yang mendadak itu.

"Kami anak muda berharap kerajaan dapat menimbang semula harga lantai belian padi RM1,200 ini, jika harga masih rendah, berkemungkinan kami tidak lagi berminat untuk mengusahakan sawah padi ini kerana tidak mendatangkan untung.

"Kalau berterusan begini bukan kata tak boleh untung, silap-silap boleh menambahkan hutang lagi. Jadi kami harap kerajaan dengar rintihan hati kami ini, kami bukan pemalas, cuma kami yang sering ditindas," katanya.


Sumber I Sinar Harian 





 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo