Ahli Parlimen Temerloh dari PERIKATAN NASIONAL (PN), Salamiah Mohd Nor berkata kartel padi didakwa sudah lama wujud dalam industri padi negara ini menyebabkan hasil padi dan pendapatan pesawah tidak meningkat seiring dengan peningkatan teknologi.
Baru baru ini Bernas telah menyelaraskan harga jualan beras putih import seluruh negara daripada RM2,350 per tan kepada RM3,200/tan sejajar harga terkini beras putih import di pasaran antarabangsa.
Ini menyebabkan beras import semakin mahal selain bekalan beras tempatan berkurangan akibat mendapat permintaan tinggi.
Tambah beliau, situasi itu juga turut disumbangkan oleh faktor segelintir pengilang atau pemborong yang didakwa menukar bungkusan atau label beras putih tempatan kepada beras putih import.
Selain itu, berkemungkinan besar wujudnya kartel padi susulan terdapat perbezaan ketara hasil padi dari model penanaman padi yang diusahakan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), yang mana mereka mampu mencapai hasil sebanyak 7.8 tan sehektar berbanding purata hasil padi sedia ada sebanyak enam tan sehektar.
Perbezaan hasil padi tersebut dikatakan mencurigakan kerana kedua-duanya menggunakan sumber, benih dan pengairan yang sama.
Salamiah memberitahu HarakahDaily, para petani mendakwa bahawa kartel padi memainkan peranan dalam menentukan harga padi.
Justeru, beliau turut mempersoakan kenapa harga padi jatuh mendadak dari RM1700 ke harga lantai RM1200 satu tan pada masa ini?
“Siapakah kartel padi sebenarnya? Adakah pihak yang bertanggungjawab terhadap kawal selia padi negara telah tunduk kepada kehendak kartel padi?
“Kartel ini akan bertindak dalam senyap tanpa disedari untuk mengawal industri selain meraih keuntungan berganda, sedangkan pesawah terus dihimpit kemiskinan.
“Hal ini antara punca rakyat kini berdepan kekurangan bekalan beras putih tempatan di pasaran akibat didalangi oleh kelicikan kartel padi.
“Bagi mendapat gambaran lebih jelas, apa yang berlaku ialah apabila diumumkan harga beras import semakin mahal dan tidak terkawal, kartel beras tempatan akan menukar stok beras tempatan menjadi beras import,” jelasnya.
Tambah beliau, perbuatan itu menyebabkan golongan berkenaan mengaut keuntungan berbanding menjual beras putih tempatan yang ditetapkan pada harga RM26 bagi 10 kilogram (sekampit).
“Beras tempatan dijual RM26 dibandingkan beras import sehingga RM39, tidak mustahil berlaku penipuan dengan menukar bungkusan atau label beras putih tempatan kepada beras putih import dan dijual pada harga jualan runcit beras putih import.
“Tukar pembungkus bukan kerja payah berbanding mengerjakan sepetak sawah padi. Jadi kartel beras hanya perlu salin pembungkusan,” ujarnya.
Salamiah turut memberitahu, keadaan ini seterusnya menyebabkan beras tempatan akan berkurangan dan mencetuskan polemik bekalan selain berlaku peningkatan harga beras di pasaran.
“Demikianlah kartel pada dan para ‘naga’ memimpin kerajaan pada masa kini. Bukan kemungkinan lagi (wujud kartel padi), memang ada,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/10/2023
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment