KUALA LUMPUR – Pas mengutuk sekeras-kerasnya jenayah perang yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.
Ia merujuk kepada serangan ganas rejim zionis Israel ke atas Hospital Al-Ahly Al-Mamdani di Semenanjung Gaza kelmarin, kata presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
“Seluruh dunia perlu membuka mata melihat wanita, kanak-kanak, pesakit dan orang tua dibunuh dengan penuh kejam tanpa perikemanusiaan dan belas kasihan.
“Umat Islam tidak boleh lagi hanya menyaksikan kekejaman yang berlaku tiap-tiap hari terhadap saudara kita. Para pemimpin dan rakyat seluruh dunia mesti bangkit dengan semangat jihad bagi mempertahankan bumi Palestin,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Abdul Hadi, media digesa bersikap bebas dan berani menyiarkan berita kezaliman Zionis Israel yang merampas tanah Palestin.
Kerajaan Malaysia juga digesa mendesak Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mendakwa Israel di atas jenayah perang terhadap Palestin.- MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment