NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pembetukan SG4 tidak menafikan kerjasama dan keberantungan dengan Kerajaan Persekutuan - MB Terengganu

Ahmad Samsuri Mokhtar (dua kiri) bersama menteri besar PN yang lain pada Muktamar PAS di Shah Alam. (Gambar Facebook)



SHAH ALAM: Empat negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) masih bergantung kepada kerajaan persekutuan dalam menarik pelaburan walaupun dengan pembentukan “State Government 4” atau SG4.

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata peranan kerajaan persekutuan tidak boleh dipertikai mengambil kira pencapaian dicapai dan dinikmati semua negeri, termasuk negeri dalam SG4 iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis.

“Di sebalik pembentukan SG4, kita tidak nafikan peranan dan pencapaian yang diperoleh negeri-negeri ini dalam aspek pelaburan hasil kerjasama dengan kerajaan pusat.

“Kerjasama sedia ada akan berterusan dan tidak timbul kita akan hentikan nilai dan aspirasi yang terkandung dalam Perlembagaan negara,” katanya dalam sidang media empat menteri besar SG4 sempena Muktamar PAS.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud, Menteri Besar Kedah Sanusi Nor dan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli.

Pada September lalu, Samsuri mengumumkan Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis dalam proses membentuk “kumpulan empat negeri” berkenaan.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo