NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemain Liverpool menyumbang kepada Palestine



  • Penyerang sensasi Liverpool Mohamed Salah dilapor hulur sumbangan kepada penduduk Palestin yang sedang berdepan serangan menggila tentera Israel, menurut jurucakap Pertubuhan Palang Mesir semalam. 
  • Pengarah Eksekutif Rami al-Nazer memberitahu akhbar Youm7 sumbangan bintang Mesir itu akan disampaikan kepada masyarakat di Gaza yang terjejas teruk akibat pengeboman bertalu-talu oleh pengganas Israel.
  • Jumlah sumbangan itu tidak didedahkan seperti diminta pemain itu. 

Kaherah: Penyerang sensasi Liverpool Mohamed Salah dilapor menghulurkan sumbangan kepada penduduk Palestin yang sedang berdepan serangan menggila tentera Israel, menurut jurucakap Pertubuhan Palang Mesir semalam. 

Pengarah Eksekutif Rami al-Nazer memberitahu akhbar Youm7 sumbangan bintang Mesir itu akan disampaikan kepada masyarakat di Gaza yang terjejas teruk akibat pengeboman bertalu-talu oleh pengganas Israel.

Menurutnya, jumlah sumbangan itu tidak didedahkan seperti yang diminta oleh pemain itu. 

Sejak meletus pertempuran membabitkan pejuang Palestin di Gaza dan Israel, aktivis media sosial mengkritik Salah yang terus membisu daripada menyatakan sokongannya, tidak seperti beberapa pemain ternama lain termasuk pemain Perancis, Karim Benzema dan pemain Algeria, Riyad Mahrez. 

Sehingga kini jumlah penduduk Palestin yang terbunuh akibat serangan udara Israel sejak 7 Oktober lalu meningkat 2750 orang termasuk 750 kanak-kanak manakala kematian di pihak Israel berjumlah 1,300 orang.

Sumber: Harian Metro


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo