NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pelancong bukan Islam tak terikat etika pakaian, kata exco Terengganu

Razali Idris berkata, pelancong bukan Islam diingatkan tidak bertindak melampaui batas seperti minum arak secara terbuka di tempat umum.


PETALING JAYA: Pelancong bukan Islam tidak perlu bimbang melawat Terengganu kerana etika pemakaian dalam Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan dan Sukan Terengganu hanya terikat kepada umat Islam.

Tetapi, Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Razali Idris berkata pelancong bukan Islam perlu menghormati budaya dan adab masyarakat Islam di Terengganu tanpa melampaui batas atas garis panduan ditetapkan.

“Pelancong bukan Islam boleh berpakaian seperti biasa yang bersesuaian dengan aktiviti hendak dilakukan, sebagai contoh kalau mahu mandi di pulau-pulau peranginan, bolehlah pakai sut renang, tapi jangan pakai di tempat awam seperti Pasar Besar Payang…itu memang tak boleh.

“Pelancong bukan Islam pakailah apa yang mereka biasa pakai, tapi jangan melakukan sesuatu melampaui batas seperti minum arak secara terbuka di tempat umum,” katanya menurut Sinar Harian selepas merasmikan Pesta Peranakan Cina Terengganu 2023 di Kuala Terengganu City Centre.

Sebelum ini, Adun Ladang, Zuraida Md Noor dilaporkan berkata, pemantauan pelaksanaan patuh syariah di seluruh Terengganu perlu dilakukan meliputi hotel, rumah peranginan, pulau, pantai, pusat hiburan, pawagam dan lokasi lain oleh semua portfolio, agensi serta jabatan kerajaan negeri.

Razali berkata, etika pemakaian dalam garis panduan itu bertujuan mendidik pelancong Islam mematuhi pemakaian yang disyariatkan Islam.

“Setakat ini, tiada seorang pun pelancong Islam dihukum kerana melanggar etika pemakaian tersebut. Ini bermaksud kerajaan negeri masih dalam fasa mendidik, bukan mahu menghukum atau mengenakan denda.

“Pada masa sama, pemain industri pelancongan juga perlu memainkan peranan dengan mengingatkan pelancong sentiasa berpakaian sopan, selain tidak menjolok mata sepanjang berada di Terengganu.”


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo